Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inflasi teras S'pura naik kepada 2.4% pada Jan; capai paras tertinggi dalam lebih 9 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Feb 2022 07:39PM Dikemas Kini : 23 Feb 2022 09:55PM

SINGAPURA: Inflasi teras negara naik sedikit kepada 2.4 peratus Januari lalu berbanding setahun lalu.

Kenaikan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh lebih sembilan tahun.

Demikian menurut data rasmi yang didedahkan menerusi kenyataan media bersama antara Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (23 Feb).

Ia dipacu harga makanan yang lebih tinggi serta harga elektrik dan gas yang naik.

Pada masa yang sama, kos runcit dan barangan lain jatuh pada kadar lebih perlahan.

Ini sebahagian besarnya kerana harga pakaian, kasut dan juga produk jagaan diri mencatatkan kemerosotan lebih kecil.

Secara keseluruhan, indeks harga pengguna utama atau inflasi keseluruhan dicatatkan pada 4 peratus berbanding setahun lalu, tidak berubah daripada bulan sebelumnya.

Ini kerana harga pengangkutan peribadi yang lebih rendah akibat kenaikan kecil harga kereta yang mengimbangi kos tempat tinggal yang lebih tinggi.

Sewa rumah yang lebih tinggi turut menyumbang kepada inflasi kos penginapan.

Sementara itu, inflasi bulan Januari juga turun sedang kos perbelanjaan percutian dan tambang pesawat merosot.

Yuran khidmat telekomunikasi pula merosot sementara rentak kenaikan khidmat domestik dan isi rumah juga berkurangan.

INFLASI BUAT MASA AKAN DATANG 

Kekangan bekalan luaran pada masa ini dijangkakan mereda pada separuh kedua tahun ini, menurut MTI dan MAS, lantas membawa kepada "sedikit penyederhanaan" pada inflasi import. 

Namun, terdapat risiko peningkatan inflasi daripada pandemik dan "unsur kejutan geopolitik" yang boleh menjejas lanjut rantaian bekalan sedunia. 

Sumber : CNA/AZ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan