Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inflasi teras Singapura naik kepada 5.1% pada Ogos, hampir paras tertinggi dalam 14 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2022 03:39PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 09:05PM
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura naik kepada 5.1 peratus pada Ogos, didorong terutamanya oleh kenaikan harga makanan dan khidmat, menurut data rasmi pada Jumaat (23 Sep).

Ini lebih tinggi dari 4.8 peratus pada Julai sedang kadar inflasi menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

Kali terakhir Singapura mencatat rekod pertumbuhan inflasi teras dari tahun ke tahun adalah pada November 2008 apabila ia mencecah 5.5 peratus.

Inflasi teras tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet.

Indeks harga pengguna utama atau inflasi pada keseluruhannya meningkat kepada 7.5 peratus dari tahun ke tahun pada Ogos, melepasi tujuh peratus yang dilaporkan pada Julai.

"Kenaikan inflasi utama sebahagian besarnya mencerminkan inflasi lebih tinggi bagi pengangkutan privet, selain kenaikan inflasi teras," menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataan media bersama.

Inflasi kesuluruhan meningkat pada Ogos disebabkan inflasi yang lebih tinggi bagi pengangkutan orivet, makanan dan khidmat. Inflasi makanan lebih tinggi disebabkan kenaikan lebih tinggi bagi harga khidmat makanan dan makanan belum dimasak, mencecah 6.4 peratus pada Ogos.

Inflasi penginapan juga naik pada rentak lebih pantas bagi harga sewa rumah, mencecah 4.7 peratus pada Ogos.

Inflasi khidmat meningkat kepada 3.8 peratus pada Ogos sedang harga perbelanjaan percutian meningkat dengan ketara.

Inflasi pengangkutan privet naik kepada 24.1 peratus dari 22.2 peratus pada Julai disebabkan oleh kenaikan yang lebih tinggi bagi harga kereta.

Harga runcit dan barangan yang lainnya juga meningkat pada rentak lebih pantas, kepada 2.9 peratus pada Ogos, sedang inflasi bagi barangan rumah, baju dan kasut juga meningkat.

Sementara itu, inflasi bagi elektrik dan gas jatuh kepada 23.9 peratus pada Ogos, berbanding 24 peratus pada Julai, disebabkan kenaikan kecil pada harga gas.

Untuk tahun ini, inflasi kesuluruhan dijangka mencatat lima hingga enam peratus, sementara inflasi teras MAS diunjurkan pada purata tiga hingga empat peratus.

"Kejutan baru terhadap harga barangan harian global, serta tekanan gaji domestik kekal sebagai risiko kenaikan inflasi," menurut pihak berkuasa.

Di peringkat global, kegenjotan pada rantaian bekalan mereda sedikit dan harga barangan harian sudah stabil, menurut MAS dan MTI.

Sekalipun demikian mereka menambah bahawa inflasi global akan terus meningkat dalam masa terdekat ini kerana pasaran komoditi utama masih berdepan dengan masalah bekalan dan pasaran tenaga di kebanyakan ekonomi utama masih sengit.

Selain itu, pemulihan bagi permintaan domestik di beberapa ekonomi serantau sedang sekatan COVID-19 dilonggarkan boleh menyebabkan inflasi yang lebih tinggi bagi ekonomi-ekonomi tersebut. Lantaran itu, tekanan meningkat ke atas harga import Singapura mungkin berlarutan.

"Bagi peringkat domestik, pasaran tenaga semakin sengit, menjadikan pertumbuhan gaji lebih kukuh," menurut MAS dan MTI.

"Di tengah-tengah lebih banyak perbelanjaan dalam kalangan pembeli, syarikat-syarikat lebih berkemungkinan menyalurkan kenaikan kos buruh dan harga minyak, perbekalan dan faktor import lain kepada harga pengguna."
Sumber : CNA/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa