Inflasi teras Singapura naik kepada 4.4% pada Jun, tertinggi sejak Nov 2008
Ia didorong kos lebih tinggi bagi kebanyakan kategori seperti perkhidmatan, makanan, runcit, serta elektrik dan gas.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Kadar inflasi teras di Singapura terus naik pada Jun, mencapai paras tertinggi sejak November 2008. Ia didorong kos lebih tinggi bagi kebanyakan kategori seperti perkhidmatan, makanan, runcit, serta elektrik dan gas.
Kadar inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet, mencapai 4.4 peratus tahun pada bulan Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu, meningkat daripada kadar tertinggi 13 tahun lalu sebanyak 3.6 peratus pada Mei.
Demikian menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (25 Jul).
Kali terakhir Singapura melaporkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih tinggi adalah pada November 2008, apabila inflasi teras adalah 5.5 peratus.
Indeks harga pengguna utama, atau inflasi keseluruhan, meningkat kepada 6.7 peratus pada bulan Jun berbanding tahun lalu, melepasi 5.6 peratus yang dilaporkan pada Mei.
HARGA SEMUA SEKTOR NAIK
Kadar inflasi makanan mencecah 5.4 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei disebabkan kenaikan harga yang lebih besar dalam kedua-dua perkhidmatan makanan dan makanan tidak dimasak, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan media bersama.
Kadar inflasi untuk jualan runcit dan barangan lain juga meningkat kepada 3.1 peratus pada Jun berbanding 1.8 peratus pada Mei, disebabkan kos ubat-ubatan dan produk kesihatan yang meningkat, serta harga pakaian dan kasut yang mencatatkan kenaikan lebih tinggi.
Harga elektrik dan gas juga meningkat, dengan kadar inflasi naik kepada 20 peratus pada Jun berbanding 19.9 peratus pada Mei kerana harga purata pelan elektrik yang ditawarkan peruncit Pasaran Elektrik Terbuka (OEM) meningkat pada kadar yang lebih pantas, kata MAS dan MTI.
Kadar inflasi perkhidmatan turut meningkat kepada 3.4 peratus daripada 2.6 peratus pada Mei, berikutan kadar peningkatan yang lebih pantas dalam kos perbelanjaan percutian dan perkhidmatan pengangkutan serta tambang penerbangan.
Kadar inflasi penginapan meningkat 0.2 peratus kepada 4.2 peratus pada Jun disebabkan peningkatan yang lebih besar dalam sewa rumah. Harga pengangkutan privet melonjak kepada 21.9 peratus daripada 18.5 peratus pada Mei, berikutan harga kereta dan kos petrol meningkat dengan lebih kukuh.
MAS dan MTI menyatakan di peringkat global, masalah rantaian bekalan telah berkurangan sedikit dan beberapa kenaikan harga komoditi telah mendatar.
"Namun begitu, kadar inflasi global berkemungkinan kekal tinggi kerana pasaran komoditi utama terus menghadapi kekangan bekalan dan pasaran buruh di banyak ekonomi utama kekal ketat," kata kedua-dua agensi tersebut.
"Selain itu, pemulihan dalam permintaan domestik di beberapa ekonomi serantau apabila sekatan COVID-19 dilonggarkan boleh meningkatkan inflasi. Oleh itu, tekanan ke atas harga import Singapura dijangka berterusan."
Di Singapura sendiri, pasaran buruh dijangka terus ketat dengan gaji kekal kukuh.
“Di tengah-tengah perbelanjaan pengguna yang kukuh, perniagaan mungkin akan terus memindahkan kenaikan harga bahan api, perbekalan dan bahan import lain, serta kos buruh, kepada harga pengguna. Oleh itu, tekanan inflasi akan kekal tinggi pada bulan-bulan akan datang,” kata MAS dan MTI.
Kadar inflasi teras diunjurkan memuncak pada suku ketiga sebelum mereda menjelang akhir tahun.
Bagi keseluruhan tahun ini, kadar inflasi teras diunjurkan pada purata 3 peratus hingga 4 peratus, manakala inflasi utama diramalkan masuk antara 5 peratus dengan 6 peratus.
MAS dan MTI memberi amaran bahawa masih terdapat risiko inflasi meningkat akibat daripada kejutan baru kepada harga komoditi global, serta tekanan gaji di dalam negeri.

Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.