Inflasi teras SG turun kepada 2.5% pada Julai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura pada Julai merosot kepada 2.5 peratus berbanding setahun lalu, dipacu oleh inflasi yang lebih rendah, dalam semua kategori Indeks Harga Pengguna (CPI).
Perangkaan pada Julai juga menyusut daripada 2.9 peratus pada Jun lalu, jelas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (23 Ogos).
Mengikut perbandingan bulanan, inflasi teras - yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet - merosot sebanyak 0.1 peratus.
Kadar Inflasi Keseluruhan pada Julai tidak berubah di paras 2.4 peratus, dalam perbandingan tahun ke tahun. Ini disebabkan oleh kos penginapan dan inflasi teras yang lebih rendah walaupun kos pengangkutan privet meningkat.
Mengikut perbandingan bulanan, inflasi keseluruhan jatuh 0.3 peratus.
Inflasi perkhidmatan kekal sederhana sebahagian besarnya 2.9 peratus berbanding setahun lalu pada Jun, disebabkan perbelanjaan percutian pada kadar lebih perlahan.
Inflasi penginapan juga berkurangan sedikit pada 3.1 peratus berbanding setahun sebelumnya pada Julai, daripada 3.3 peratus pada Jun ini, sedang harga sewa perumahan naik pada kadar lebih sederhana.
Inflasi makanan turun kepada 2.7 peratus berbanding setahun lalu pada Julai, daripada 2.8 peratus pada Jun, disebabkan kenaikan kecil pada harga kedua-dua perkhidmatan makanan yang sudah disiap masak dan barangan makanan tidak dimasak.
Inflasi runcit dan barangan lain, susut kepada 0.3 peratus pada Julai berbanding setahun lalu, daripada 0.5 peratus pada Jun, disebabkan kemerosotan harga pakaian, barangan rumah yang tidak tahan lama dan barangan peribadi.
Inflasi elektrik dan gas juga turun kepada 6.6 peratus berbanding setahun lalu pada Julai, daripada 6.9 peratus pada Jun, disebabkan kenaikan lebih kecil dalam harga elektrik.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.