Skip to main content

Singapura

Inflasi teras SG turun ke paras 0.6% pada Februari, terendah dalam hampir 4 tahun

Kadar inflasi teras Singapura turun ke paras 0.6 peratus pada Februari iaitu yang terendah dalam hampir empat tahun, menurut perangkaan rasmi pada Isnin (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Mar 2025 02:10PM Dikemas Kini : 24 Mar 2025 09:29PM
SINGAPURA: Kadar inflasi teras Singapura turun ke paras 0.6 peratus pada Februari iaitu yang terendah dalam hampir empat tahun, menurut perangkaan rasmi pada Isnin (24 Mac).

Ia merosot daripada 0.8 peratus pada Januari, sekali gus kejatuhan buat kali kelima berturut-turut.

Kali terakhir inflasi teras Singapura berada pada paras lebih rendah daripada 0.6 peratus adalah pada Mac 2021, di mana ia adalah 0.5 peratus.

Dalam perbandingan bulan ke bulan, inflasi teras - tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet - naik 0.1 peratus.

Bagi inflasi keseluruhan pula, kadarnya turun ke paras 0.9 peratus pada Februari daripada 1.2 peratus pada Januari, sekali gus mencerminkan kos pengangkutan privet naik pada rentak lebih rendah di samping kadar kejatuhan inflasi teras lebih rendah, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Mengikut perbandingan bulanan, inflasi keseluruhan naik 0.8 peratus.

SEKTOR

Kejatuhan pada kadar inflasi teras dipacu oleh kenaikan harga yang lebih perlahan bagi semua kategori pengguna selain daripada sektor runcit dan barangan lain.

Inflasi makanan menyusut daripada 1.5 peratus pada Januari kepada 1.0 peratus pada Februari kerana harga makanan tidak dimasak dan makanan yang disediakan meningkat lebih perlahan.

Kenaikan kos perkhidmatan juga lebih perlahan, sebahagian besar disebabkan oleh harga tiket penerbangan yang lebih rendah dan kemerosotan mendadak dalam perbelanjaan percutian, manakala harga gas dan elektrik merosot lebih besar didorong oleh kenaikan besar dalam harga elektrik serta harga gas yang merosot.

Kos runcit dan barangan lain merosot daripada -0.6 peratus pada Januari kepada -0.1 peratus pada Februari disebabkan oleh harga pakaian, kasut dan perabot serta kelengkapan rumah yang lebih rendah.

Kos pengangkutan privet meningkat pada rentak lebih perlahan dari 2.8 peratus pada Januari kepada 1.6 peratus pada Februari disebabkan oleh harga kereta dan minyak yang naik sedikit.

Inflasi penginapan kekal pada 1.6 peratus kerana kenaikan kecil harga sewa rumah diimbangi kos penyenggaraan lebih tinggi.

MASA DEPAN

Ramalan bagi inflasi teras Singapura tahun ini kekal antara 1 hingga 2 peratus.

Inflasi keseluruhan dijangka berada pada purata 1.5 peratus dengan 2.5 peratus tahun ini, memberi gambaran kos pengangkutan privet yang dijangka meningkat.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita