Inflasi teras SG susut kepada 3.2% pada Nov
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura menyusut 3.2 peratus pada November berbanding setahun sebelumnya, menurut data rasmi pada Selasa (26 Dis).
Ia jatuh daripada 3.3 peratus pada Oktober berbanding setahun sebelumnya disebabkan inflasi lebih rendah bagi runcit dan barangan lain, makanan serta kos elektrik dan gas, dedah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Inflasi teras naik kepada 5.5 peratus pada bulan Januari dan Februari tahun ini, mencecah paras rekod selepas 14 tahun lamanya, sebelum turun semula pada bulan-bulan berikutnya. Inflasi teras menyusut kepada 3 peratus pada September, iaitu paras paling rendah yang dicatat sejak Mac 2022.
Inflasi teras tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet.
Inflasi keseluruhan jatuh kepada 3.6 peratus pada November berbanding tahun sebelumnya. Ini juga lebih rendah berbanding 3.8 peratus yang diramalkan oleh para ahli ekonomi, lapor Reuters.
Penurunan tersebut mencerminkan inflasi pengangkutan privet yang lebih rendah, jelas MTI dan MAS.
SEKTOR
Inflasi perkhidmatan naik kepada 3.5 peratus pada November daripada 3.4 peratus pada Oktober, disebabkan kos perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan, dan kos khidmat telekomunikasi yang meningkat pada kadar yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, tambang penerbangan mencatatkan penurunan yang lebih kecil.
Inflasi runcit dan barangan lain menjunam kepada 1 peratus pada November, memandangkan harga barangan perubatan dan isi rumah merosot sebahagian besarnya. Harga jagaan peribadi juga meningkat dengan lebih perlahan.
Kos tenaga elektrik dan gas pada bulan November jatuh kepada 1.5 peratus disebabkan kenaikan lebih curam bagi kos elektrik.
Inflasi makanan turun kepada 4.0 peratus pada November sedang harga hidangan yang sudah siap dimasak menyaksikan peningkatan yang lebih rendah.
Inflasi pengangkutan privet jatuh kepada 4.2 peratus pada November daripada 11.7 peratus pada Oktober, didorong oleh kenaikan harga kereta pada rentak yang lebih perlahan.
Inflasi penginapan pada bulan November susut kepada 4.1 peratus pada November, sedang rentak kenaikan bagi sewa perumahan menjadi sederhana.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.