Inflasi teras SG naik kepada 3.3% pada Disember
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura naik kepada 3.3 peratus pada Disember berbanding setahun sebelumnya, menurut data rasmi pada Selasa (23 Jan).
Ia meningkat daripada 3.2 peratus pada November berbanding setahun sebelumnya disebabkan perkhidmatan inflasi yang lebih tinggi, dedah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet, naik kepada 5.5 peratus pada Januari dan Februari tahun lalu, mencecah paras rekod selepas 14 tahun lamanya, sebelum menyusut. Ia jatuh kepada 3 peratus pada September, iaitu paras paling rendah yang dicatat sejak Mac 2022.
Bagi keseluruhan 2023, purata inflasi teras dicatat pada 4.2 peratus, lebih tinggi daripada 4.1 peratus pada 2022.
Inflasi keseluruhan dicatat pada 4.8 peratus, turun daripada 6.1 peratus pada tahun sebelumnya.
Kadar inflasi pada 2023 terjejas oleh kenaikan kadar GST kepada 8 peratus, nyata pihak berkuasa.
SEKTOR
Inflasi perkhidmatan naik kepada 3.9 peratus pada Disember daripada 3.5 peratus pada November, disebabkan kos pelancongan yang meningkat pada kadar yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, tambang penerbangan mencatatkan penurunan yang lebih kecil. Pada masa yang sama, yuran pengangkutan titik ke titik serta tambang bas dan kereta api meningkat dengan ketara.
Inflasi pengangkutan privet naik kepada 5.0 peratus pada Disember daripada 4.2 peratus pada November, didorong oleh kenaikan harga kereta dan petrol pada rentak yang lebih perlahan.
Inflasi runcit dan barangan lain meningkat kepada 1.1 peratus pada Disember, memandangkan harga barangan isi rumah melonjak dan harga jagaan peribadi juga naik dengan ketara.
Kos tenaga elektrik dan gas pada bulan Disember menjadi sederhana pada 1.3 peratus, di samping kenaikan kecil dalam kos elektrik.
Inflasi makanan turun kepada 3.7 peratus pada Disember sedang harga hidangan yang tidak dimasak menyaksikan peningkatan yang lebih rendah.
Inflasi penginapan kekal tidak berubah sedang harga sewa perumahan meningkat pada rentak yang stabil.
RAMALAN
Inflasi teras dijangka terjejas oleh kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan dalam tambang bas serta kereta api dan tarif elektrik serta gas pada awal 2024.
Inflasi teras bagaimanapun dijangka semakin sederhana sepanjang tahun depan sedang tekanan terhadap kos import kekal rendah dan kekangan pasaran domestik mula dilonggarkan, menurut MAS dan MTI.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.