Inflasi teras SG naik kepada 1.2% pada Oktober, tertinggi bagi 2025
Inflasi teras Singapura meningkat dengan ketara kepada 1.2 peratus dari tahun ke tahun pada Oktober, menurut data rasmi pada Isnin (24 Nov), naik daripada 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura meningkat dengan ketara kepada 1.2 peratus dari tahun ke tahun pada Oktober, menurut data rasmi pada Isnin (24 Nov), naik daripada 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.
Perangkaan itu adalah yang tertinggi setakat tahun ini, didorong oleh harga lebih tinggi dari segi perkhidmatan, makanan dan runcit, serta kemerosotan yang lebih kecil dalam harga elektrik dan gas.
Inflasi teras kekal di bawah satu peratus untuk beberapa bulan. Kali terakhir ia melepasi paras tersebut adalah pada Disember 2024, apabila angka tersebut mencatat 1.8 peratus.
Bagi asas bulan ke bulan, harga teras meningkat 0.5 peratus pada Oktober.
Inflasi keseluruhan, seperti yang diukur Indeks Harga Pengguna-Semua Barang (CPI-All Items), meningkat kepada 1.2 peratus bulan lalu daripada 0.7 peratus pada September, disebabkan oleh peningkatan lebih besar dalam harga pengangkutan privet.
Secara bulanan, inflasi keseluruhan – yang mengecualikan perbelanjaan bukan penggunaan seperti pembelian rumah, saham, aset kewangan lain serta cukai pendapatan – tidak berubah pada Oktober.
SEKTOR-SEKTOR
Inflasi perkhidmatan pada Oktober meningkat kepada 1.8 peratus daripada 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.
Peningkatan itu dipacu kadar kenaikan kos insurans kesihatan yang lebih pantas, serta kenaikan kos perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perbelanjaan percutian, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Inflasi elektrik dan gas menunjukkan kemerosotan yang kurang ketara berbanding September kerana pengurangan harga elektrik yang lebih kecil.
Inflasi makanan meningkat sedikit kepada 1.2 peratus pada Oktober akibat kenaikan lebih cepat dalam harga makanan yang tidak dimasak.
Inflasi runcit dan barangan lain meningkat kepada 0.4 peratus daripada 0.3 peratus pada bulan sebelumnya, berikutan kenaikan harga pakaian, kasut dan barangan peribadi.
Inflasi pengangkutan privet lebih tinggi pada 3.8 peratus berbanding 3.7 peratus pada September kerana kenaikan harga kereta yang lebih besar, manakala inflasi penginapan menurun sedikit daripada 0.4 peratus kepada 0.3 peratus disebabkan oleh kadar kenaikan sewa rumah yang lebih perlahan.
UNJURAN
Mengekalkan unjuran sama seperti bulan lalu, MAS dan MTI manyatakan kos import Singapura dijangka terus merosot, meskipun pada kadar lebih perlahan dalam bulan-bulan akan datang.
Mereka juga menjangkakan harga minyak mentah global jatuh lebih perlahan pada 2026 berbanding 2025, dengan inflasi serantau meningkat secara sederhana menyusuli prestasi yang lemah pada tahun ini.
“Di peringkat domestik, faktor pentadbiran yang buat sementara waktu meredakan inflasi dijangka terus berkurangan dalam suku tahun akan datang,” menurut MAS dan MTI.
“Pertumbuhan kos unit buruh dijangka mula meningkat apabila pertumbuhan produktiviti kembali normal, manakala permintaan penggunaan persendirian dijangka kekal stabil.”
Mengambil kira faktor-faktor tersebut, MAS dan MTI menyatakan inflasi teras dijangka pada sekitar 0.5 peratus pada 2025 sebelum meningkat kepada 0.5 hingga 1.5 peratus pada 2026.
Inflasi CPI-All Items turut dijangka mencapai purata 0.5 hingga satu peratus pada 2025 dan 0.5 hingga 1.5 peratus pada 2026.
MAS dan MTI memberi amaran bahawa unjuran inflasi masih tertakluk kepada ketidaktentuan, kerana kejutan bekalan – termasuk yang berpunca daripada perkembangan geopolitik – boleh meningkatkan sesetengah kos import secara mendadak.
“Namun, penguncupan permintaan global yang lebih ketara daripada jangkaan boleh mengekalkan inflasi teras pada paras rendah untuk tempoh lebih lama,” menurut mereka.
“Penurunan lebih besar dalam harga minyak global juga boleh buat sementara waktu memperlahankan kadar kenaikan harga.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.