Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inflasi teras SG merosot kepada 2.1% pada Okt, kadar terendah sejak Dis 2021

Inflasi teras Singapura merosot kepada 2.1 peratus pada Oktober tahun ini berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2024 02:40PM Dikemas Kini : 26 Nov 2024 12:29AM
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura merosot kepada 2.1 peratus pada Oktober tahun ini berbanding setahun lalu.

Ia juga merosot daripada 2.8 peratus pada September lalu.

Kemerosotan itu sebahagian besar dipacu oleh penyederhanaan dalam perkhidmatan, elektrik dan gas, runcit dan inflasi barangan lain.

Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (25 Nov).

Ia merupakan kadar inflasi teras yang terendah sejak Disember 2021, di mana ia juga adalah 2.1 peratus.

Mengikut penyesuaian bulanan, inflasi teras merosot sebanyak 0.3 peratus pada Oktober lalu.

Inflasi teras tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet.

Inflasi keseluruhan berkurangan kepada 1.4 peratus pada Oktober tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, daripada dua peratus pada September.

Penurunan itu dipacu oleh kadar inflasi penginapan yang lebih perlahan dan kemerosotan lebih mendadak dalam kos pengangkutan privet, selain daripada inflasi teras yang lebih rendah, demikian menurut MAS dan MTI.

UNJURAN

"Walaupun kos tenaga global tidak stabil sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, ia secara purata kekal bawah paras itu setahun lalu," menurut MAS dan MTI.

"Sementara itu, sejajar dengan inflasi global yang mereda dan kadar pertukaran dolar Singapura berwajaran perdagangan yang semakin mengukuh, harga barang perkilangan import juga terus merosot."

Di Singapura, kos buruh unit diramalkan meningkat secara bertahap-tahap, di samping pertumbuhan gaji nominal dan daya pengeluaran yang semakin meningkat.

Inflasi perkhidmatan, yang semakin berkurangan, dijangka terus merosot sepanjang 2024, menurut pihak berkuasa.

Inflasi teras dijangka kekal pada sekitar dua pertaus sehingga akhir 2024, menurut MAS dan MTI.

Ia diramalkan berada di purata 2.5 hingga 3 peratus pada 2024 secara keseluruhan, dan terus merosot kepada 1.5 hingga 2.5 peratus pada 2025.

Inflasi penginapan diramalkan turun pada tahun depan, di mana ia dijangka menggantikan kenaikan yang dijangkakan dalam inflasi pengangkutan privet di tengah-tengah "permintaan kukuh" bagi kereta.

Kadar inflasi secara keseluruhan dijangka sekitar 2.5 peratus bagi keseluruhan 2024, dan purata 1.5 hingga 2.5 peratus pada tahun depan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan