Inflasi teras SG kekal stabil 3.1% pada Mei
Kadar inflasi teras yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan tidak berubah buat tiga bulan berturut-turut, sebanyak 3.1 peratus.

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY
Ia tinggi sedikit daripada jangkaan ahli ekonomi yang meramalkan kadarnya sebanyak 3 peratus.
Kadar inflasi teras yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan pula, tidak berubah buat tiga bulan berturut-turut, sebanyak 3.1 peratus.
Kadar inflasi keseluruhan yang lebih tinggi itu disebabkan oleh kenaikan lebih pesat harga kereta dan motosikal serta minyak petrol.
Inflasi makanan kekal stabil pada paras 2.8 peratus walaupun harga makanan mentah, naik.
Kadar inflasi perbekalan awam seperti tenaga elektrik, turun ke paras 6.9 peratus daripada 7.6 peratus pada bulan April, dalam perbandingan tahun ke tahun.
Turut merosot adalah kadar inflasi penginapan yang turun sedikit daripada 3.5 peratus pada bulan April kepada 3.4 peratus, bulan lepas.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) meramalkan trend itu akan berterusan kerana lebih banyak rumah dijangka boleh disewakan tahun ini.
MAS juga meramalkan inflasi teras akan turun lagi pada lewat tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.