Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inflasi teras SG kekal pada 5.1% pada Nov, dijangka kekal tinggi beberapa suku seterusnya

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura naik 5.1 peratus dari tahun ke tahun pada November, kadar yang sama dengan tahun lalu.

Ini disebabkan kenaikan kecil kos perkhidmatan, elektrik serta gas yang diimbangi oleh lonjakan lebih tinggi bagi harga runcit, makanan serta barangan lain.

Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Inflasi teras tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet.

Indeks harga pengguna utama atau inflasi keseluruhan, juga tidak berubah pada November berbanding Oktober, pada 6.7 peratus.

Berbanding dengan Oktober, inflasi teras naik sedikit, iaitu 0.2 peratus manakala keseluruhan inflasi naik sekitar satu peratus.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan