Inflasi teras SG kekal 3.1% pada April
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura kekal pada 3.1 peratus pada April, tidak berubah jika dibandingkan dengan Mac.
Peningkatan inflasi elektrik dan gas serta runcit diimbangi oleh kenaikan harga yang lebih perlahan pada perkhidmatan dan makanan, menurut data daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Inflasi teras - yang mengecualikan penginapan dan pengangkutan privet - naik sebanyak 0.4 peratus pada April berbanding Mac, menurut MAS dan MTI pada Khamis (23 Mei).
Sementara itu, Indeks Harga Pengguna (CPI) atau inflasi keseluruhan, juga tidak berubah pada April, iaitu pada paras 2.7 peratus.
Inflasi keseluruhan naik sebanyak 0.1 peratus pada April berbanding Mac.
Inflasi elektrik dan gas meningkat kepada 7.6 peratus pada April berbanding 4.8 peratus pada Mac, sedang kos melonjak disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik dan gas yang lebih besar.
Inflasi runcit dan barangan lain meningkat kepada 1.6 peratus pada April daripada 0.7 peratus yang dicatatkan pada Mac.
MAS dan MTI mengaitkan kenaikan inflasi dengan kenaikan harga air, barangan peribadi yang lebih tinggi dan penurunan harga pakaian dan kasut yang lebih kecil.
Inflasi perkhidmatan menyederhana sedikit kepada 3.5 peratus berbanding 3.9 peratus "menyusuli penurunan yang lebih besar pada tambang penerbangan dan kadar peningkatan yang lebih sederhana bagi perbelanjaan percutian", menurut MAS dan MTI.
Inflasi makanan juga lebih sederhana, jatuh kepada 2.8 peratus pada April berbanding 3.0 peratus pada Mac, sebahagian besarnya disebabkan oleh harga makanan belum dimasak dan perkhidmatan makanan yang meningkat pada rentak yang lebih perlahan.
Inflasi pengangkutan privet meningkat kepada 0.3 peratus pada April selepas menjunam ke paras -0.3 peratus pada Mac, dengan kenaikannya dipacu oleh harga kereta yang menyusut pada rentak yang lebih perlahan dan harga petrol yang semakin meningkat.
Inflasi penginapan susut lagi kepada 3.5 peratus daripada 3.7 peratus disebabkan kenaikan lebih kecil pada sewa rumah dan kos penyenggaraan serta pembaikan rumah, menurut MAS dan MTI.
PROSPEK
Inflasi teras dijangka "kekal pada trend yang menyederhana secara bertahap-tahap" sepanjang tahun 2024, dengan penurunan dapat dilihat pada suku keempat apabila tekanan kos import terus berkurangan dan pasaran buruh domestik yang ketat semakin longgar.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.