Skip to main content

Singapura

Inflasi teras mungkin lebih tinggi jika MAS tidak ketatkan dasar kewangan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Aug 2023 08:00PM Dikemas Kini : 02 Aug 2023 09:55PM
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura mungkin terus berada di paras lebih tinggi lebih lama lagi, seandainya Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak mengambil langkah mengetatkan lagi dasar kewangan sejak Oktober 2021.

Demikian kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan kepada parlimen.

Beliau menjawab soalan yang ditanyakan para AP tentang kesan dolar Singapura yang kuat terhadap kerugian $30.8 bilion yang dicatat MAS.

Encik Tan berkata: "Jika MAS tidak mengetatkan dasar kewangan, inflasi teras suku tahunan akan mencecah 7.2 peratus berbanding setahun sebelumnya, semasa kemuncaknya. Ini 1.9 peratusan mata lebih tinggi berbanding kadar puncak sebenar 5.4 peratus berbanding setahun sebelumnya, pada suku pertama 2023. Jadi inflasi akan kekal lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang dan mendatangkan kenaikan kos kehidupan lebih tinggi lagi bagi isi rumah."

Encik Tan juga ditanya tentang bagaImana MAS mengimbangi antara menguruskan inflasi dan mencatat kerugian.

Beliau menjelaskan bahawa peranan MAS adalah untuk memastikan inflasi kekal rendah selain memastikan kemantapan harga bagi tempoh pertengahan.

Encik Tan menambah: "Ini tidak mengambil kira sebarang potensi kesan terhadap keuntungan MAS kerana untuk berbuat demikian akan menjejas misinya. Ini serupa dengan bagaimana bank-bank pusat utama lain menjalankan dasar kewangan. Kebanyakan mereka juga melaporkan kerugian ekoran operasi-operasi dasar kewangan."
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita