Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inflasi keseluruhan SG merosot kepada 2.9%; inflasi teras turun kepada 3.1%

Inflasi keseluruhan Singapura merosot kepada 2.9 peratus bagi bulan pertama 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi keseluruhan Singapura merosot kepada 2.9 peratus bagi bulan pertama 2024.

Ia turun daripada kadar 3.7 peratus yang dicatat Disember lalu.

Hasil itu didorong oleh inflasi lebih rendah bagi penginapan,pengangkutan swasta, makanan dan perkhidmatan.

Inflasi teras, yang tidak mengambil kira kos penginapan dan pengangkutan swasta juga turun kepada 3.1 peratus.

Ini berbanding kadar 3.3 peratus pada Disember lalu.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) meramalkan kadar inflasi teras bakal mendatar selepas naik bulan ini sempena Tahun Baharu Cina.

Tambahan lagi, penduduk tempatan akan menerima lebih banyak bantuan dan sokongan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024.
Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan