Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inflasi bagi semua barang keperluan naik untuk kumpulan berpendapatan 20% teratas

Anggaran Waktu Membaca:
 Inflasi bagi semua barang keperluan naik untuk kumpulan berpendapatan 20% teratas

Flat HDB di Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Kumpulan berpendapatan 20 peratus teratas di Singapura mengalami kenaikan paling tinggi inflasi bagi semua barangan keperluan dalam separuh pertama tahun ini.

Demikian menurut Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada Isnin (25 Jul).

Mengikut kumpulan pendapatan isi rumah, Indeks Pengguna (CPI) bagi semua barang keperluan naik 5.2 peratus berdasarkan tahun ke tahun.

Ini lebih tinggi berbanding kenaikan 3.1 peratus pada separuh kedua 2021.

Kumpulan pendapatan isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan isi rumah daripada semua sumber.

Ia termasuk sewa tertaksir bagi penginapan yang didiami sendiri oleh para pemilik.

Kumpulan isi rumah pendapatan 20 peratus teratas menyaksikan inflasi bagi semua barang keperluan
meningkat sebanyak 6 peratus dari tahun ke tahun, menurut SingStat dalam kenyataan medianya.

Kumpulan isi rumah berpendapatan 60 peratus pertengahan dan 20 peratus terendah mengalami kenaikan masing-masing sebanyak 4.9 peratus dan 4.2 peratus.

Ini kerana, penyumbang utama kepada kadar inflasi bagi semua barangan keperluan dalam kumpulan isi rumah adalah kereta, tempat penginapan, makanan, bahan api, tenaga elektrik dan khidmat pengangkutan yang lain. Ia termasuk tambang penerbangan dan khidmat pemunggah.

SingStat menambah bahawa harga yang meningkat bagi semua barangan keperluan sebahagiannya sudah diimbangi oleh kos khidmat telekomunikasi yang lebih rendah.

Ini tidak termasuk sewa tertaksir bagi penginapan yang didiami sendiri oleh para pemilik.

Inflasi untuk kumpulan berpendapatan 20 peratus teratas dan 60 peratus pertengahan meningkat sehingga 6.4 peratus dan 5 peratus, dari tahun ke tahun.

Inflasi untuk 20 peratus terendah menguncup sedikit kepada 4.1 peratus.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan