Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Infineon labur S$27 juta untuk tingkatkan keupayaan AI di S'pura

Syarikat pembuat cip Jerman Infineon akan melabur S$27 juta dalam tiga tahun mendatang untuk mengembangkan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2020 07:27PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 08:57PM

SINGAPURA: Syarikat pembuat cip Jerman Infineon akan melabur S$27 juta dalam tiga tahun mendatang untuk mengembangkan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) di Singapura.

Ini tambahan kepada S$700 juta yang sudah dilaburkan di negara ini sepanjang 10 tahun lalu.

Singapura bakal menjadi hab pertama bagi Infineon di mana AI diterapkan dalam setiap tugas.

Rancangannya termasuk melengkapkan lebih separuh tenaga kerja sejumlah 2,200 orang dengan keupayaan AI dalam pekerjaan.
Syarikat itu akan bekerjasama dengan Yayasan Penyelidikan Nasional dan Universiti Nasional Singapura untuk menawarkan kursus-kursus dan pentauliahan AI.

Bercakap semasa satu acara sempena ulang tahun ke-50 Infineon di Singapura hari ini (1 Dis), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata pelaburan terbaru Infineon memperkukuh kedudukan Singapura di persada global.

"Kerjasama dengan rakan-rakan global yang berfikiran sehala seperti Infineon mengukuhkan rantaian nilai global kita dan sasaran kita untuk menjadi pangkalan pengilangan canggih di rantau ini yang didorong oleh inovasi.

"Sedang kita mengharungi krisis global ini, kita mesti terus merancang dan melabur untuk jangka lebih panjang," kata Encik Heng.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan