Industri penerbangan berjaya tarik pelaburan bernilai S$750j sejak 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Industri penerbangan Singapura berjaya menarik pelaburan sebanyak S$750 juta sejak pertunjukan udara terakhir pada 2024.
Ia dijangka mencipta sekitar 600 pekerjaan baharu sepanjang lima tahun akan datang.
Di acara pratonton bagi media siang tadi, Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) menyatakan, ini mencerminkan kedudukan Singapura sebagai hab yang stabil dan dipercayai bagi sektor itu.
Pertunjukan Udara Singapura kembali lebih gah tahun ini dengan pameran-pameran baharu.
Pesawat F-35 Angkatan Udara Australia akan tampil buat kali pertama, manakala Angkatan Udara Malaysia muncul semula selepas lapan tahun.
Selain itu, hampir 40 pesawat turut dipamerkan, menampilkan inovasi terkini di bidang ruang angkasa.
Antara teknologi terbaharu yang muncul sudah semestinya kecerdasan buatan (AI), yang turut menjadi tumpuan untuk acara pertunjukan udara kali ini.
Salah satu pameran menarik ialah kokpit AI bagi kenderaan tempur yang dibangunkan ST Engineering.
Ia merupakan pusat kawalan bergerak yang menilai data pada masa nyata untuk membantu komander membuat keputusan dengan lebih pantas di medan tempur.
Pengerusi, ST Engineering Pertunjukan Udara Singapura 2026 Chua Jin Kiat berkata: "Kami lihat trend-trend di merata dunia, dari sektor penerbangan hingga sektor pertahanan, dan tentunya apa yang kami bina, yang kami kemukakan - adalah huraian dan keupayaan yang dapat menangani sebilangan cabaran ini.
"Kami ingin tangani masalah yang ada di luar sana sekarang, bukan sekadar perkenalkan sesuatu untuk masa hadapan."
Pertunjukan Udara Singapura dibuka kepada orang ramai pada 7 dan 8 Februari ini.
Lebih 100,000 pengunjung dijangka ikut serta, iaitu jumlah tertinggi sejauh ini.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.