Industri penerbangan bakal ambil 4,000 lagi pekerja jelang akhir 2022
Anggaran Waktu Membaca:

Dewan ketibaan di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi yang akan dibuka semula pada 13 Sep 2022. (Gambar: Grace Yeoh/CNA)
SINGAPURA: Pihak industri penerbangan merancang untuk mengambil 4,000 lagi pekerja dari September hingga akhir tahun ini, membawa tenaga kerja industri itu kepada kira-kira 90 peratus parasnya sebelum COVID, kata Menteri Pengangkutan S Iswaran pada Isnin (3 Okt).
Memberikan perkembangan pemulihan sektor penerbangan di Parlimen, beliau berkata pihak-pihak berpentingan sudah meningkatkan jumlah tenaga kerja dalam industri itu dan melatih pekerja baru sejak awal tahun ini.
Pada separuh pertama 2022 sektor pengangkutan udara pulih kepada kira-kira 80 peratus tahap sebelum COVID, kata Encik Iswaran.
Menjawab pertanyaan sama ada pengambilan pekerja baru boleh dipercepatkan, Encik Iswaran menarik perhatian bahawa "masa sekarang sangat mencabar" bagi syarikat penerbangan.
"Kita semua tahu secara amnya ada masalah kekurangan tenaga manusia. Khususnya bagi industri penerbangan, dalam sektor pengangkutan udara, ia bukan sahaja tentang mengambil pekerja baru, tetapi kami harus memastikan mereka dilatih dan boleh menjalankan tugas dengan selamat untuk diri mereka sendiri dan juga semua perkhidmatan penerbangan," kata Encik Iswaran.
Tambah beliau, pendigitalan dan kemampanan adalah pertimbangan utama bagi industri itu dan dalam mengambil bakat baru.
"Oleh sebab itu, kami memerlukan set kemahiran yang khusus. Jadi sama ada kita perlu melatih semula mereka yang sudah berada dalam industri ini, dan perkara itu sedang dijalankan, tetapi pada masa yang sama, kita juga mungkin perlu dapatkan bakat tertentu dan menambah kepada apa yang kita sudah ada," katanya.
"Jadi, ini sesuatu yang harus diberi tumpuan oleh kedua-dua syarikat penerbangan dan juga pengendali lapangan terbang dan khidmat di darat."
Untuk mengatasi pertumbuhan yang dijangkaan dalam jumlah penumpang dan penerbangan, Lapangan Terbang Changi membuka semula Terminal 4 pada 13 September lalu, dan akan memulakan operasi berlepas di bahagian selatan Terminal 2 pada 11 Oktober, kata Encik Iswaran.
Operasi menyambut ketibaan kapal terbang di Terminal 2 juga sudah bermula sejak 29 Mei.
Dengan ini, Lapangan Terbang Changi akan mempunyai keupayaan fizikal untuk menampung "sehingga 70 juta penumpang setahun, iaitu kira-kira 100 peratus kapasiti yang kami ada atau tahap trafik penumpang yang kami kendalikan sebelum COVID", tambah Encik Iswaran.
Jumlah itu membentuk kira-kira 80 peratus kapasiti di Changi kapasiti sebelum COVID.
Sejak Singapura membuka semula sempadannya kepada semua pelawat yang sudah lengkap divaksin tanpa perlu menjalani ujian atau kuarantin pada April tahun ini, perjalanan udara "kembali pulih" secara beransur-ansur, kata Encik Iswaran.
“Sehingga minggu pertama September, purata trafik penumpang mingguan di Lapangan Terbang Changi sudah melebihi 60 peratus paras sebelum COVID-19. Dan jumlah itu terus bertahan,” katanya.
“Jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Changi juga pulih semula kepada hampir dua pertiga daripada tahap sebelum COVID-19.”
Encik Iswaran menambah jumlah penerbangan yang didaftarkan syarikat penerbangan untuk beroperasi di Lapangan Terbang Changi menjelang akhir tahun adalah lebih daripada 80 peratus daripada tahap sebelum COVID.
Ini dijangka terus meningkat apabila syarikat penerbangan berusaha unutk memenuhi permintaan berikutan pengumuman pelonggaran sempadan baru-baru ini di pusat pelancongan utama seperti Hong Kong, Jepun dan Taiwan.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.