Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Industri MICE diramal cecah paras sebelum pandemik jelang 2 hingga 3 tahun akan datang

Industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) dijangka pulih sepenuhnya dalam dua hingga tiga tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2022 07:28PM Dikemas Kini : 01 Jun 2022 09:53PM
SINGAPURA: Industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) dijangka pulih sepenuhnya dalam dua hingga tiga tahun akan datang.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan sektor berkenaan semakin rancak tahun ini dengan lebih 150 acara dianjurkan dan dihadiri 37,000 pengunjung pada suku pertama saja.

Jumlah itu 75 peratus daripada apa yang dicatat secara keseluruhan tahun lalu.

Tahun ini sekurang-kurangnya lagi 66 acara antarabangsa sudah dijadualkan sehingga penghujung tahun ini.

STB juga menawarkan sekitar 80 pengalaman baru seperti lawatan bertema untuk menarik lebih ramai pengunjung perniagaan antarabangsa.

Meskipun pengunjung negara China iaitu pasaran sumber utama Singapura masih terjejas dengan penutupan sempadan negara tersebut, STB kekal yakin dengan pemulihan sektor MICE tempatan.

STB menambah aset-aset akan ditambah supaya dapat mempelbagaikan sumber pasaran dan tidak bergantung kepada satu-satunya pasaran saja.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan