Skip to main content

Singapura

Industri maritim peruntuk lebih 200 tempat latihan bagi lulusan baru, golongan pertengahan kerjaya

 Industri maritim kini menawarkan lebih 200 tempat latihan untuk para lulusan baru serta golongan pertengahan kerjaya.  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2020 08:06PM Dikemas Kini : 25 Aug 2020 08:59PM

SINGAPURA: Industri maritim kini menawarkan lebih 200 tempat latihan untuk para lulusan baru serta golongan pertengahan kerjaya.

Menteri Negara Kanan Chee Hong Tat mengumumkan demikian di webinar "Make Maritime your next Port of Call" yang dihadiri mereka yang mencari kerja dan profesional sumber manusia (HR).

Peluang latihan itu ditawarkan oleh syarikat-syarikat dalam sektor pelabuhan dan perkapalan serta syarikat-syarikat maritim Kuoko Group.

Ia merangkumi pelbagai bidang pekerjaan termasuk komersil, operasi dan kejuruteraan.

Rangka Kerja Kemahiran Pengangkutan Laut yang dikemas kini juga akan membantu para pekerja merancang perkembangan kerjaya mereka dalam bidang ini.

Sesi webinar itu diakhiri dengan satu perbincangan tentang bagaimana industri maritim dapat menjadi lebih teguh selepas berakhir COVID-19. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita