Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Industri lif & tangga bergerak saran bonus wajib, naik gaji setiap tahun

Bonus wajib dan kenaikan gaji setiap tahun bagi sekitar 1,300 pekerja penyenggaraan lif dan tangga bergerak di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Industri lif & tangga bergerak saran bonus wajib, naik gaji setiap tahun

(Gambar fail: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 07:30PM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 07:32PM

SINGAPURA: Bonus wajib dan kenaikan gaji setiap tahun bagi sekitar 1,300 pekerja penyenggaraan lif dan tangga bergerak di Singapura.

Pemerintah sudahpun menerima saranan-saranan itu yang dikemukakan oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Lif dan Tangga Bergerak (L&E) agar Model Gaji Progresif (PWM) dalam sektor tersebut diluaskan.

PWM menyediakan haluan kerjaya yang jelas bagi para pekerja bergaji rendah dalam sektor-sektor tertentu.

Mereka boleh mendapat gaji lebih tinggi sejajar dengan kemahiran baru yang ditimba.

Mulai tahun depan, PWM akan diwajibkan bagi kesemua syarikat L&E untuk pendaftaran dengan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Tanda aras gaji di bawah PWM akan dilanjutkan enam tahun antara 2023 hingga 2029 bagi jawatan-jawatan berlainan.

Gaji pekerja L&E pula dijangka naik 4 peratus hingga 6 peratus dengan penambahan kompaun setiap tahun.

Ini bermakna gaji bulanan bagi Penolong Spesialis Lif dan Tangga Bergerak akan meningkat daripada sekitar $1,900 pada tahun depan kepada lebih $3,000 pada 2028.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan