Skip to main content

Singapura

Industri khidmat simpan barangan semakin kesempitan ruang dek permintaan lebih tinggi dari penjual online

Anggaran Waktu Membaca:
Industri khidmat simpan barangan semakin kesempitan ruang dek permintaan lebih tinggi dari penjual online

Bangunan Storefriendly di Paya Lebar. (Gambar: Storefriendly)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 15 Jun 2025 02:02PM
SINGAPURA: Industri khidmat simpan barangan di Singapura semakin kesempitan ruang sedang permintaan bagi ruang stor melonjak dalam kalangan para penjual online dan individu.

Meskipun pemerintah baru-baru ini menambah bekalan tanah untuk khidmat sedemikian, para pemain industri berkata kenaikan yang semakin tinggi menghambat rancangan perluasan mereka.

Untuk memastikan terdapat unit yang mencukupi, syarikat-syarikat seperti Storefriendly at Paya Lebar memperoleh semula ruang daripada penyewanya sejak Julai lalu untuk merubah seluruh bangunannya menjadi kemudahan simpanan barangan peribadi.

Sungguhpun begitu, jumlah ruang yang disediakannya tetap belum mencukupi.

Untuk menambah bekalan tanah sedia ada, penguasa tanah industri JTC menarik balik penggantungan sementara pada April lalu untuk membenarkan permintaan penggunaan tempat simpan barang di beberapa tanah perindustrian terpilih.

Ini termasuk hartanah terpilih di kawasan seperti Bishan, Clementi dan Tampines, satu langkah yang dialu-alukan oleh para pemain industri.

Self Storage Association Asia menyatakan para pengendali lebih suka tanah JTC kerana harga yang ditawarkan lebih berpatutan, kadangkalanya sehingga satu pertiga lebih rendah, disebabkan tempoh pajakan yang lebih singkat.

Dengan lebih banyak bekalan tanah disediakan, cabaran yang lebih besar sekarang ialah kos.

Perangkaan terkini daripada JTC menunjukkan bahawa harga ruang industri meningkat 5.3 peratus pada tahun pada suku pertama.

Sekitar 0.7 juta meter persegi ruang perindustrian dijangka akan ditambah menjelang akhir tahun.

JTC menyatakan pihaknya akan terus memantau permintaan dan bekerjasama dengan industri khidmat simpanan barangan untuk memastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk industri itu berkembang.
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita