Skip to main content

Singapura

Industri khidmat pengurusan jenazah tawar 800 pekerjaan dalam beberapa tahun akan datang

Anggaran Waktu Membaca:
Industri khidmat pengurusan jenazah tawar 800 pekerjaan dalam beberapa tahun akan datang

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Oct 2022 11:22PM
SINGAPURA: Industri khidmat pengurusan jenazah di Singapura dijangka menawarkan sekurang-kurangnya 800 pekerjaan dalam beberapa tahun akan datang, di tengah-tengah permintaan yang diramal meningkat bagi khidmat sedemikian.

Jumlah kematian tahunan di negara ini semakin meningkat dengan bilangan penduduk yang kian menua.

Ia dijangka naik seganda daripada sekitar 24,000 pada 2021 kepada 40,000 pada 2040, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Syarikat-syarikat pengurusan jenazah malah sedang mencari generasi baru pekerja seumpama itu.

Kakitangan yang paling dikehendaki termasuk pengarah dan kru operasi.

Pengasas dan pengarah syarikat khidmat urusan mayat Passion Bereavement Care Deborah Kang berkata kebanyakan kakitangannya dirujukkan oleh kakitangan lain dan juga keluarga yang mendapatkan khidmat syarikat berkenaan.

Jumlah tenaga kerjanya bertambah sekitar 30 peratus sejak beberapa bulan lalu, namun masih kurang berbanding peningkatan pelanggan yang naik tiga kali ganda bagi tempoh yang sama.

Persaingan bagi bakat juga sengit, dengan ratusan syarikat pengurusan jenazah di seluruh Singapura sedang mencari lebih banyak pekerja.

Beberapa syarikat menyatakan pihaknya melonggarkan kriteria bagi mendapatkan kakitangan baru dan lebih terbuka menerima golongan pertengahan kerjaya.

Pengurus pembangunan korporat Casket Fairprice Rachael Tay berkata langkah sedemikian berhasil membantu menambah kakitangannya sebanyak sekitar 50 hingga 60 peratus sejak tahun lalu, "meskipun ia memakan masa lebih lama untuk memastikan pekerja sedemikian siap untuk beroperasi."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita