Industri kesan visual berdepan cabaran global sedang Lucasfilm tamatkan operasi di SG
Dia berkata kerjanya mula berkurangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan mogok Persatuan Pelakon Skrin (SAG) di Amerika Syarikat, di mana para pelakon menggesa agar dinaikkan gaji dan menghadkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
BACA:
Menurut kakitangan tersebut, berita tentang penutupan studio ILM Singapura dimaklumkan kepada mereka oleh pihak pengurusan ketika mesyuarat pada 15 Ogos, pukul 2.00 petang. Lucasfilm mengeluarkan maklumat mengenai penutupannya kepada awam sejam selepas itu.
Disney menyatakan ia sedang menawarkan peluang kepada kakitangannya untuk berpindah ke sebuah studionya yang sedang membangun. Lucasfilm dan agensi pemerintah berkaitan juga sedang membantu kakitangan yang terjejas untuk mencari pekerjaan di syarikat lain.
Selain dari Singapura dan ibu pejabatnya di San Francisco, ILM mempunyai studio di Vancouver, London, Sydney dan Mumbai.
INDUSTRI PERSAINGAN TINGGI, INTENSIF
Encik Sen Lai, ketua pegawai eksekutif dan pengetua 3dense Media School, menyifatkan industri filem VFX sebagai "persaingan sengit".
Industri itu memerlukan tenaga buruh tinggi serta kakitangan dengan kemahiran khusus, kata Encik Lynus Hee, pengurus dan ketua kursus di Sekolah Media, Seni dan Reka Bentuk Politeknik Singapura.
Encik Matthew Foo, ketua program bagi kursus Diploma Skrin Media di Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA), berkata COVID-19 mempercepatkan perubahan terhadap bagaimana pengeluaran media tradisional beroperasi dan bagaimana pengguna menggunakan kandungan.
Encik Foo juga menarik perhatian kepada teknologi yang muncul seperti realiti maya (VR) dan kecerdasan buatan (AI) yang membentuk semula bagaimana kandungan dicipta dan ditonton.
APAKAH PROSPEK PEKERJAAN PEREKA VFX SEKARANG?
Disebabkan keadaan global dalam industri VFX, mereka yang mampu ke luar negara atau berpindah akan berpeluang mendapatkan pekerjaan baharu di studio luar negara, kerana terdapat filem untuk dihasilkan. Aturan kerja dari rumah juga "menunjukkan prestasi yang baik" bagi sejumlah besar studio, kata Encik Lai.
Karyawan VFX boleh menggunakan kemahiran mereka dalam industri lain seperti pengiklanan, dreka bentuk gerakan serta permainan video, tambahnya.
Mereka yang dilatih dalam VFX harus "tangkas dan mempelajari kemahiran baharu", yang akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan mereka, kata Encik Foo.
Mereka yang mencari pekerjaan digalakkan untuk membina portfolio mereka, ambil langkah proaktif dalam mewujudkan rangkaian serta menyerlahkan diri, dengan mengambil bahagian dalam pertandingan atau acara, serta menjadi aktif di media sosial, kata Encik Lai.
Di Politeknik Singapura, VFX ditiadakan sebagai pilihan untuk pelajar pada 2020 ketika kurikulum kursus Diploma Media, Seni & Reka Bentuk sekolah itu diubah.
Kurikulum baharu itu akan membenarkan pelajar "diambil untuk bekerja dan melaksanakan tugas dengan berkesan bagi pelbagai pekerjaan dalam bidang berkaitan media, seni dan reka bentuk", kata Encik Hee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.