Industri kelong Melayu: Bahagian sejarah SG yang dilupakan
Industri kelong masyarakat Melayu pernah berkembang pesat dan diiktiraf dalam undang-undang kelautan Singapura pada tahun 1877.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Industri kelong masyarakat Melayu pernah berkembang pesat dan diiktiraf dalam undang-undang kelautan Singapura pada tahun 1877.
Pendedahan itu dikongsi dalam sebuah seminar anjuran wadah kolaboratif bebas, Singapore Stories, sempena Pesta Warisan Singapura yang berlangsung pada Ahad (18 Mei).

Seminar bertajuk "Warisan dan Identiti Maritim Melayu dalam Singapura yang Berubah – Kelangsungan dan Evolusi" meneliti pelbagai aspek sejarah dan budaya maritim masyarakat Melayu, serta bagaimana warisan ini membentuk identiti kontemporari.
INDUSTRI KELONG MELAYU DIIKTIRAF UNDANG-UNDANG SINGAPURA 1877
Acara yang berlangsung di The Pod, Perpustakaan Negara itu menarik hampir 100 peserta daripada pelbagai latar belakang.
Antara yang dikupas termasuk penemuan baru berkaitan penempatan Melayu yang telah pupus, flora dan fauna tempatan, budaya makanan laut, sejarah pelayaran dan reka bentuk jong yang semuanya berdasarkan hasil kajian lapangan serta wawancara dengan komuniti setempat.

Pensyarah Kanan Jabatan Seni Bina dan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS) Dr Imran Tajudeen berkongsi tiga dapatan utama hasil penyelidikannya, termasuk sejarah industri kelong Melayu yang jarang diketahui umum.
"Satu dapatan yang mengejutkan ialah adanya perusahaan kelong yang diasaskan awalnya oleh seorang dari Melaka tetapi kemudiannya diambil alih oleh Haji Mohamed Salleh iaitu individu yang membina Masjid Haji Mohd Salleh yang masih wujud sampai sekarang, yang kemudian diteruskan oleh anaknya, Haji Mohamed Taha. Ada satu kes misalnya dalam mahkamah di mana Haji Taha mendakwa seorang pemilik kapal yang melanggar salah sebuah kelongnya. Jadi, kita tahu saat itu pasti anaknya Haji Mohd Salleh yakni Haji Taha sudahpun mengambil alih pemilikannya. Kelong-kelong ini komersial, sangat-sangat besar, sebagai satu perniagaan.
Beliau turut merujuk kepada kewujudan undang-undang pelabuhan yang menunjukkan kepentingan kelong dalam konteks ekonomi dan peraturan perairan negara.
"Ada juga undang-undang bagi pelabuhan Singapura yang diwujudkan tahun 1877, yakni berkenaan kelong di dalam perairan Singapura yang digunakan sebagai kawasan perairan pelabuhan. Jadi ini menunjukkan bahwa industri kelong orang Melayu sesuatu yang sangat besar dan diambil kira dalam undang-undang kelautan di Singapura pada suatu waktu dahulu", jelas Dr Imran.
Tambahnya, lokasi kelong tersebut terletak berdekatan dengan kawasan penempatan masyarakat Melayu yang dahulunya penting, namun kini hampir dilupakan daripada ingatan masyarakat.

Kawasan kelong tersebut, kongsi beliau, terletak dekat kawasan pemukiman yang penting bagi masyarakat Melayu yang kita sudah lupakan, yakni di bahagian selatan Teluk Ayer, yang dinamakan Kampung Sambau, yakni dekat dengan makam Habib Noh.

SEPARUH PERUMAHAN KAMPONG GELAM DAHULU DIBINA ATAS AIR
Dr Imran Tajudeen, turut mendedahkan bahawa sebahagian besar kawasan perumahan di Kampong Gelam dahulu sebenarnya dibina di atas air, termasuk kawasan seperti Kampung Bugis dan Kampung Kallang.
"Ada beberapa dapatan terbaru yakni berkenaan beberapa pemukiman lama yang sangat penting dalam sejarah masyarakat Melayu Singapura dari segi maritim atau kelautan. Dan salah satunya berkenaan sebahagian daripada daerah Kampung Gelam. Selalu kita bicarakan Kampung Gelam, kita lihat ke bahagian rumah-rumah kedainya sahaja dan di darat. Tetapi ada kawasan yang sangat penting dalam sejarah perdagangan dan perniagaan orang Melayu, yakni Kampung Bugis dan Kampung Kallang itu terletak di atas air. Dan sejarah ini dapat kita kaji ulang dari beberapa sumber dan juga beberapa wawancara yang pernah saya lakukan beberapa tahun lalu dengan orang yang sudah pun meninggal dunia."
Menurut beliau, penemuan itu turut disokong oleh bukti visual yang diperoleh melalui peta dan gambar-gambar lama.
"Selain daripada wawancara, juga terdapat beberapa peta dan juga gambar-gambar lama yang membolehkan kita melihat keadaan secara terperinci dalam pemukiman lama ini."
PENEMUAN RUMAH BERBENTUK BANJAR DI SG
Penemuan ketiga yang dikongsi oleh Dr Imran adalah kewujudan rumah berbentuk Banjar dengan gaya seni bina yang lazimnya dikaitkan dengan pedagang dari Kalimantan Selatan..
"Kita tahu dari gambar-gambar lama, ada rumah orang Bugis dan rumah orang Palembang yang mengikut secara khusus pola rumah adat pedagang-pedagang besar di kota Palembang dan di Tanah Bugis. Setakat ini belum ada gambar yang menunjukkan rumah orang Banjar mengikut pola adat untuk bangunan besar pedagang-pedagang Banjar, tetapi saya terjumpa satu denah bangunan - 'building drawing' yang menunjukkan pernah wujud sebuah rumah berbentuk Banjar di Singapura."
NARATIF SEJARAH SINGAPURA PERLU DIKAJI SEMULA
Turut diketengahkan, inisiatif baharu untuk memastikan warisan tersebut terus relevan dalam kesedaran masyarakat moden.
Dr Imran Tajudeen menekankan keperluan untuk menilai semula naratif sejarah Melayu Singapura yang selama ini dianggap sudah lengkap.
"Salah satu cabaran berkenaan naratif ataupun penceritaan kita, pengkisahan kita tentang sejarah masyarakat Melayu di Singapura, saya rasa kita jangan anggap bahawa kisah tentang sejarah Melayu di Singapura itu sudah ditulis sepenuhnya. Masih banyak lagi yang perlu diteroka dan dikaji-ulang kerana persepsi ataupun tanggapan yang wujud sekarang itu kurang lengkap atau malah salah. Jadi harus kita kaji-ulang dan terus kita lengkapkan ceritanya," kata beliau.
Dr Imran turut menegaskan bahawa pelibatan masyarakat umum adalah kunci dalam usaha ini.
"Untuk usaha ini berjaya, perlu ada penglibatan segenap golongan masyarakat yang menyimpan cerita atau gambar lama dan segala macam sumber yang diperlukan supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah masyarakat Melayu maritim di Singapura," luah beliau.
Sesi tersebut turut disusuli dengan bengkel dan dialog yang melibatkan panel empat orang ahli, termasuk sejarawan budaya dan pakar warisan kulinari Khir Johari; Fawzi Nasir, bekas atlet jong dan mantan penduduk Pulau Sekijang Bendera; serta Amira Karim, seorang eksekutif teknologi dan ekonomi global.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.