Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Industri F&B pergiat usaha tangani perubahan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jul 2022 09:31PM Dikemas Kini : 03 Jul 2022 09:34PM
SINGAPURA: Rangkaian perniagaan makanan dan minuman (F&B) tempatan sedang membuat perubahan bagi menangani masalah perubahan iklim.

Ia meliputi semua aspek daripada pembinaan kedai hingga kepada proses menghantar makanannya.

Kedai Saladstop di Singapura merupakan cawangan pertama F&B di Asia Tenggara yang memastikan tiada pertambahan pelepasan gas karbon.

Ia dibina menggunakan bahan-bahan dari sumber mampan.

Jubin dindingnya dibuat daripada plastik kitar semula dan mejanya berasal dari pokok yang tumbang.

Selain itu, penghantaran makanannya juga dilakukan dengan berjalan atau menggunakan basikal.

Restoran Open Farm Community pula menanam bahan masakannya sendiri seperti jagung, terung dan pelbagai herba.

Langkah itu dapat mengurangkan pelepasan karbon kerana sisa makanan kemudian dijadikan baja bagi tanam-tanaman tersebut.

Rangkaian makanan segera KFC juga sedang meningkatkan kemampanan dalam operasinya menerusi kerjasama dengan syarikat pembungkusan TRIA.

Bahan-bahan bio digunakan bagi membuat pembungkus makanan sekali guna yang kemudian boleh diubah menjadi baja.

Namun para pemain industri menyatakan sampah daripada pembungkus makanan yang diimport terus menjadi masalah besar.

Singapura mempunyai skim laporan wajib untuk memantau jumlah pembungkus yang digunakan oleh pihak pengeluar makanan.

Mereka juga wajib mendedahkan rancangan untuk mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula bahan pembungkus.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan