Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Industri binaan SG bangkit secara perlahan selepas tangani isu kos dan pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Optimisme dalam industri pembinaan Singapura semakin meningkat, sedang ia mengatasi isu kos dan buruh yang disebabkan oleh peristiwa global baru-baru ini seperti wabak COVID-19 dan perang yang berterusan di Ukraine.

Sektor itu bergelut untuk memenuhi permintaan dan tarikh penyelesaian di tengah-tengah kos bahan yang lebih tinggi dan masalah tenaga kerja yang berterusan.

Kini, firma pembinaan dapat bangkit semula secara perlahan. Penurunan harga logam memberi mereka sedikit ruang bernafas tetapi mereka masih perlu berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja yang menjejas produktiviti mereka.

Encik Tee Wei Kang, pengarah CHH Construction & Security Systems, berkata masalah terbesar firma itu ialah kadar kemerosotan pekerja mereka, dengan kira-kira satu daripada tiga pulang ke negara mereka selepas sempadan dibuka semula.

Beliau menjelaskan bahawa sebelum pandemik berlaku, kebanyakan pekerja lebih mahir dan berpengalaman kerana peringkat usia mereka.

"Semasa pandemik, terutamanya semasa pemutus rantaian, ramai pekerja menjadi agak bosan dengan sekatan yang dikenakan ke atas mereka, walaupun ia diperlukan pada masa itu," kata Encik Tee.

Walaupun masalah kekurangan tenaga buruh dan keadaan pasaran yang tidak menentu melambatkan beberapa projek pembinaan selama sembilan bulan hingga setahun, nampaknya firma-firma binaan sudah menebus semula masa yang hilang.

Sebagai contoh, United Tec Construction memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan menjimatkan kos buruh, seperti dengan membina unit pasang siap di kilang dan memindahkannya ke tapak pembinaan.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa pengeluaran pembinaan tahun ini sudah pulih hampir ke tahap sebelum pandemik, menandakan bahawa aktiviti pembinaan sedang berjalan pada kadar yang stabil.

Walaupun ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya setahun lagi untuk industri pembinaan pulih sepenuhnya, prospeknya menjanjikan.

Sama ada bekalan dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat, bergantung pada seberapa cepat industri pembinaan yang lebih luas dapat mengatasi kekurangan tenaga buruh dan bahan yang dilaporkan, sambil berdepan dengan faktor di luar kawalan mereka, seperti ketegangan geopolitik, harga tenaga dan gangguan rantaian bekalan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan