Industri binaan main peranan penting dalam tangani perubahan iklim
Industri bangunan dan binaan memainkan peranan penting dalam menangani perubahan iklim serta arus perbandaran yang berkembang pesat, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Selasa (5 Nov).
SINGAPURA: Industri bangunan dan binaan memainkan peranan penting dalam menangani perubahan iklim serta arus perbandaran yang berkembang pesat, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Selasa (5 Nov).
Di sesi dialog mengenai pembangunan bandar mampan, Dr Balakrishnan menekankan bahawa rekaan bangunan yang cekap boleh memberi kesan positif terhadap usaha memelihara alam sekitar.
Menurut beliau pembinaan bangunan serta operasinya membentuk 36 peratus daripada keseluruhan daya tenaga global.
Oleh itu reka bentuk bangunan boleh memainkan peranan dalam mengurangkan penggunaan elektrik, misalnya dengan menyertakan sistem aliran udara yang baik.
"Kebanyakan orang tidak melihat bangunan, seni bina dan perancangan bandar sebagai sesuatu yang menarik," kata Dr Balakrishnan.
"Namun jika anda memahami bahawa pembinaan bangunan dan operasi membentuk 36 peratus penggunaan tenaga - malah di Singapura tenaga elektrik yang kita gunakan untuk penghawa dingin - (anda akan sedar) aspek-aspek tidak menarik ini yang perlukan perubahan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.