Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Indranee, Zaqy antara menteri angkat sumpah hari ini

Mantan Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Undang-Undang, Indranee Rajah kini secara rasmi menjadi Menteri di Pejabat Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 09:17PM Dikemas Kini : 02 May 2018 09:51PM

SINGAPURA: Mantan Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Undang-Undang, Indranee Rajah kini secara rasmi menjadi Menteri di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau juga menyandang jawatan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Kewangan.

Cik Indranee mengangkat sumpah jawatannya di Istana siang tadi (2 Mei).

Upacara angkat sumpah dilakukan oleh Presiden Halimah Yacob di Istana.

Berikutan rombakan kabinet yang diumumkan bulan lalu, Cik Indranee menyertai dua menteri wanita yang lain, Cik Grace Fu dan Cik Josephine Teo di dalam Kabinet.

Untuk sementara ini juga Cik Indranee menjadi Menteri Kedua Undang-undang sehingga akhir bulan depan sebelum Encik Edwin Tong menyandang jawatan sebagai Menteri Negara Kanan Undang-undang mulai Julai.

ZAQY, SUN XUELING, TAN WU MENG TURUT ANGKAT SUMPAH

Tiga daripada empat Anggota Parlimen biasa yang dilantik menyandang jawatan politik juga mengangkat sumpah hari ini.

Encik Zaqy Mohamad sebagai Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia.

Cik Sun Xueling pula dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara.

Dr Tan Wu Meng pula menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Luar serta Kementerian Perdagangan dan Perusahaan. 

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan