Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Indranee Rajah lawat Korea Selatan dari 1-5 Mei, bincang isu ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kedua Kewangan dan Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah berada di Korea Selatan bagi satu siri mesyuarat untuk meneroka kerjasama serantau.

Lawatan lima hari mulai Isnin (1 Mei) ke Incheon antara lain akan melibatkan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN Plus 3 dan Mesyuarat Gabenor Pusat (AFMGM+3), serta mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB).

Agenda bagi mesyuarat AFMGM+3 meliputi perbincangan mengenai perkembangan utama ekonomi serantau dan cara mengukuhkan lagi kerjasama.

Di Incheon, Menteri Indranee akan membincangkan isu-isu yang timbul dan meneroka kerjasama dalam bidang seperti pendigitalan kewangan dan daya tahan rantaian bekalan.

Mesyuarat ADB pula akan meninjau isu-isu pembangunan di Asia dan cara-cara untuk memperdalam lagi kerjasama dengan 68 negara anggota.

Cik Indranee juga akan menghadiri mesyuarat berasingan bersama rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara Asia lain serta para pemimpin pemerintah Korea.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan