Indonesia, SG setuju segerakan kerjasama dalam ekonomi digital
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
JAKARTA: Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong, bersetuju untuk mempercepatkan kerjasama dua hala dan serantau dalam bidang ekonomi digital.
Pertemuan antara kedua-dua pihak berlangsung di luar Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-24 di Vientiane, Laos pada Isnin (7 Okt).
Semasa pertemuan itu, kedua-dua menteri membincangkan beberapa isu strategik seperti rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA), program perintis X: Tech, dan minat Indonesia untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
“Indonesia memahami bahawa terdapat perbezaan tahap cita-cita, kepentingan dan kapasiti antara negara anggota ASEAN dalam ekonomi digital,” kata Encik Hartarto dalam satu kenyataan daripada kementeriannya.
Oleh itu, beliau menekankan perlunya pendekatan pragmatik dan inovatif bagi memastikan ASEAN, yang terdiri daripada 10 negara anggota, dapat menyelesaikan rundingan DEFA seperti yang dirancang.
Rundingan DEFA dilancarkan semasa Indonesia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2023. Rundingan itu dijangka mencapai 50 peratus pada 2024 dan diselesaikan sepenuhnya pada 2025.
Perjanjian ini diramalkan menjadi perjanjian ekonomi digital serantau pertama yang menyeluruh di dunia dan mampu meningkatkan nilai ekonomi digital ASEAN kepada AS$2 trilion (S$2.6 trilion) menjelang 2030.
Mengenai program perintis X: Tech, kedua-dua menteri membincangkan program kerjasama yang dilancarkan semasa Sidang Kemuncak Pemimpin Singapura-Indonesia di Istana Bogor pada 29 April 2024.
Program ini membolehkan pergerakan profesional dalam sektor teknologi antara kedua-dua negara.
Encik Hartarto menggalak inisiatif ini diakses oleh masyarakat dengan membuka peluang secara optimum melalui pelbagai syarikat dan universiti.
Singapura turut menyambut baik hasrat Indonesia untuk menyertai CPTPP, menurut kenyataan itu.
“CPTPP akan melengkapkan RCEP (Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau) bagi ASEAN dalam mengharungi geo-ekonomi rantau ini,” kata menteri Indonesia itu.
Kedua-dua menteri juga bertukar pandangan mengenai isu strategik dan kesannya terhadap rantau ini, seperti konflik Timur Tengah, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, serta pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau di rantau ini.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.