Skip to main content

Singapura

Individu, syarikat kecil terima insensitif baru gunakan PayNow

Insentif-insentif baru diumumkan untuk menggalak individu dan perniagaan kecil untuk mendaftar dan menggunakan PayNow, sebagai sebahagian daripada usaha jarak selamat untuk membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Individu, syarikat kecil terima insensitif baru gunakan PayNow

(Gambar: ABS)

Diterbitkan : 09 Apr 2020 07:52PM Dikemas Kini : 09 Apr 2020 07:56PM

SINGAPURA: Insentif-insentif baru diumumkan untuk menggalak individu dan perniagaan kecil untuk mendaftar dan menggunakan PayNow, sebagai sebahagian daripada usaha jarak selamat untuk membendung penularan COVID-19.

Pada Khamis (9 April), Persatuan Bank di Singapura (ABS) mengumumkan kempen Carry On With PayNow, yang dilancarkan dengan kerjasama sembilan bank yang mengambil bahagian dalam khidmat pindahan wang PayNow.

Selama 10 minggu dari 13 Apr hingga 21 Jun, orang perseorangan boleh memenangi S$100 setiap minggu apabila membuat pindahan PayNow ke perniagaan, dengan 100 pemenang diumumkan setiap minggu selama 10 minggu.

20,000 perusahaan kecil pertama yang mendaftar bagi PayNow mulai 9 April hingga 31 Julai akan menerima insentif tunai sebanyak S$25. Perniagaan kecil yang menerima lebih daripada 10 pembayaran melalui PayNow dalam tempoh yang sama akan menerima insentif sehingga S$50.

Merujuk kepada langkah jarak selamat sebagai satu strategi utama untuk mengurangkan penularan COVID-19 dalam masyarakat, ABS menyatakan pembayaran digital dan bebas-sentuh membantu menyokong langkah sedemikian.

"Kami faham bahawa sesetengah pengendali perniagaan memerlukan bantuan terutamanya dari sudut teknologi, maka itu kakitangan kami dilatih untuk mengajar mereka langkah demi langkah, jika perlu," kata Cik Ong-Ang Ai Boon, Pengarah ABS.

PayNow adalah perkhidmatan pemindahan dana yang membolehkan individu dan perniagaan memindahkan dan menerima wang dengan serta-merta kepada pelanggan lain yang juga didaftarkan.

Sembilan bank yang menawarkan PayNow adalah Bank of China, Citibank, DBS Bank/POSB, HSBC, Bank Perusahaan dan Perdagangan China, Maybank, OCBC Bank, Standard Chartered Bank dan UOB.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita