Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Individu penting dari segi politik" ditetapkan di bawah undang-undang banteras campur tangan asing mesti dibuat demi kepentingan awam: Shanmugam

Anggaran Waktu Membaca:
"Individu penting dari segi politik" ditetapkan di bawah undang-undang banteras campur tangan asing mesti dibuat demi kepentingan awam: Shanmugam

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam berucap di parlimen pada 29 Feb 2024.

Diterbitkan : 29 Feb 2024 10:38PM Dikemas Kini : 29 Feb 2024 11:40PM
SINGAPURA: Apabila pihak berkuasa Singapura memutuskan untuk menetapkan seseorang sebagai "individu penting dari segi politik" (PSP) di bawah Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindak Balas), atau FICA, ia adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian.

Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam pada Khamis (29 Feb).

"Anda boleh menjadi anggota pertubuhan politik asing, tetapi jika kriteria kepentingan awam tidak dipenuhi, anda tidak akan ditetapkan PSP," katanya di Parlimen.

Encik Shanmugam juga berkata pihak berkuasa telah mengadakan "beberapa perbincangan" dengan usahawan Encik Philip Chan Man Ping, yang menjadi orang pertama di Singapura yang ditetapkan sebagai PSP di bawah FICA, pada Isnin.
Encik Chan telah diberi notis mengenai keprihatinan pemerintah. Usahawan berusia 59 tahun itu kemudian ditetapkan sebagai PSP di bawah FICA berdasarkan penilaian Pendaftar Pendedahan Luar dan Politik, kata Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam berkata demikian sebagai menjawab Encik Gerald Giam (Parti Pekerja-Aljunied) semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan berhubung belanjawan yang diperuntuk untuk  Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Encik Giam telah meminta butiran lanjut mengenai kriteria MHA untuk menetapkan seseorang sebagai PSP, serta faktor-faktor yang membezakannya daripada orang lain yang terlibat dalam kegiatan serupa tetapi tidak ditetapkan di bawah FICA.

Encik Giam berkata: "Saya faham kementerian mungkin keberatan untuk bersikap terlalu telus mengenai kriteria bagi menghalang orang ramai daripada cuba mengatasi peruntukan FICA.

"Bagaimanapun, MHA harus memberikan panduan yang lebih baik kepada orang ramai tentang di mana penanda di luar batasan (OB) ditentukan, supaya mereka dapat mengelak daripada menjadi ejen pengaruh dan campur tangan asing yang tidak disengajakan."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan