Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Individu kurang upaya, bekas pesakit barah kembara 72 km untuk kumpul dana

Cik Fathima Zohra akur kehidupannya berubah setelah menjadi lumpuh dari leher ke bawah selepas terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Individu kurang upaya, bekas pesakit barah kembara 72 km untuk kumpul dana

Anggota pasukan yang akan kembara 72km demi amal. (Gambar: TODAYonline)

Diterbitkan : 19 Jul 2021 10:12AM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 10:17AM

SINGAPURA: Cik Fathima Zohra akur kehidupannya berubah setelah menjadi lumpuh dari leher ke bawah selepas terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 2017.

"Sepanjang hidup saya, saya merupakan seorang atlit. Apabila tiba-tiba terpaksa bergantung pada kerusi roda, ia sangat menakutkan saya," luah gadis berusia 24 tahun itu.

"Dalam tahun pertama selepas mengalami kecederaan itu, saya tidak mahu melakukan apa-apa, saya hilang harapan."

Namun, bulan depan, Cik Fathima akan mengambil bahagian dalam satu pengembaraan menggunakan kerusi roda merentasi Singapura sejauh 72 kilometer.

"Saya tidak mahu minat saya dalam kecergasan hilang begitu saja disebabkan kecederaan ini," ujar Cik Fathima yang kini merupakan pengurus program Running Hour, sebuah kelab larian inklusif.

"Pengembaraan seperti ini adalah satu peluang baik."

Beliau akan menyertai beberapa lagi anggota dalam pengembaraan itu, yang kebanyakannya merupakan individu kurang upaya atau bekas pesakit barah.

Mereka akan berulang-alik Coast-to-Coast Trail dengan menggunakan kerusi roda dari Taman Tasik Jurong ke Taman Pulau Coney di Punggol.

Encik Scott Tay akan mengetuai pasukan kembara 72km itu. 

Cabaran itu dianjurkan Encik Scott Tay yang akan memimpin pasukan seramai lapan orang itu pada hujung Ogos.

Tujuan menggunakan kerusi roda bertujuan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesukaran hidup yang dialami golongan kurang upaya.

Encik Tay berharap dapat mengumpulkan derma sebanyak S$10,000 daripada orang ramai.

Wang terkumpul akan didermakan kepada SPD, sebuah badan amal tempatan yang menyokong individu kurang upaya.

"Hakikat bahawa mereka yang sihat dan tidak cacat anggota badan sanggup menggunakan kerusi roda dan mengalami sendiri apa yang kami lalui memberi inspirasi kepada saya, selain mendorong saya untuk melakukan lebih banyak lagi untuk masyarakat saya," kata Cik Fathima.

Encik Tay berkata beliau beliau mendapat inspirasi dari temannya, Encik Mansor Ali yang hilang daya penglihatannya dengan secara tiba-tiba pada 2019 ketika berusia 25 tahun.

Menurut Encik Mansor, beliau kehilangan hampir semua daya penglihatannya dalam jangka masa tiga setengah bulan kerana masalah neurologi.

Penyertaan beliau dalam pengembaraan itu memberinya semangat untuk lebih aktif dengan melakukan senaman kardio 15 minit.

"Tentu sekali saya menganggapnya sebagai satu cabaran. Bagi seorang yang cacat penglihatan, sukar untuk saya bergerak menggunakan kerusi roda. Satu lagi cabaran ialah kaki saya tidak menjejak bumi, bermakna saya tidak mendapat maklum balas menggunakan daya sentuhan," kata Encik Mansor.

"Saya akan cuba sedaya upaya untuk bergerak tanpa sebarang bantuan dengan memanfaatkan isyarat bunyi sebanyak mungkin."

Kumpulan ini menyasarkan untuk menamatkan perjalanan sejauh 72 kilometer itu dalam masa dua hari dan dua malam.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan