Individu ke-10 kes pengubahan wang haram berbilion dolar dihukum penjara 17 bulan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Individu yang terakhir daripada 10 pesalah dalam kes pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion di Singapura, dijatuhi hukuman. Kes tersebut memberi tumpuan kepada individu-individu warga asing itu yang membeli hartanah mewah di merata negara ini.
Su Jianfeng, rakyat Vanuatu yang berusia 36 tahun dengan asal usul dari Fujian, China, dihukum penjara selama 17 bulan pada Isnin (10 Jun).
Tempoh penjaranya adalah yang paling lama dalam kalangan sembilan lelaki dan seorang wanita yang didakwa atas kes pengubahan wang haram berbilion dolar, di mana keuntungan haram daripada pusat perjudian Asia Tenggara yang menyasarkan petaruh di China ditukarkan kepada barangan serta hartanah mewah di kejiranan paling mahal di Singapura.
Su mengaku bersalah minggu lalu atas setiap satu tuduhan memiliki wang hasil jenayah bernilai S$550,903 dan secara tidak jujur menggunakan kontrak penjualan hartanah untuk menjelaskan sumber wang S$2 juta yang dipindahkan ke akaun Maybanknya. Lagi 12 tuduhan akan diambil kira dalam menentukan hukuman.
Dia terlibat sama dalam perniagaan perjudian online haram itu menerusi seorang lelaki warga Taiwan lebih sedekad lalu pada 2013.
Su mula bekerja dari Kuala Lumpur, Malaysia sebelum berpindah ke Manila, Filipina, dan akhirnya ke Singapura - memandangkan dia mahu anak-anaknya menerima pendidikan di sini.
Jabatan Ehwal Komersil Pasukan Polis Singapura mula menerima maklumat mengenai kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram dan penggunaan dokumen palsu untuk menutup sumber dana dalam akaun bank Singapura dari 2021.
Serbuan serentak merata negara yang dilakukan pada 15 Ogos 2023 itu, sekali gus menyebabkan penahanan 10 suspek, termasuk Su.
Sekitar S$187 juta aset yang dikaitkan dengan Su atau dipegang di bawah nama isterinya dirampas - termasuk wang tunai, hartanah, kenderaan, barangan mewah, mata wang kripto dan minuman keras.
Ini adalah antara yang tertinggi dalam kalangan 10 pesalah dalam siasatan itu.
Su bersetuju untuk sekurang-kurangnya 95 peratus daripada aset yang dirampas itu, disita oleh negara ini.
Lagi sembilan pesalah yang lain dihukum penjara antara 13 dengan 16 bulan. Kesemua mereka mengaku bersalah, meskipun beberapa mereka memberi bayangan kemungkinan dibicarakan di peringkat awal.
Mereka yang sudah selesai menjalani hukuman penjara selepas mengundurkan tarikh reman dan cuti bagi kelakuan baik sudah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.