Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Indeks keyakinan perniagaan SG naik empat suku berturut-turut: Tinjauan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jun 2024 08:28PM Dikemas Kini : 10 Jun 2024 08:44PM
SINGAPURA: Sentimen perniagaan di Singapura naik pada suku ketiga, iaitu peningkatan empat suku berturut-turut.

Ini di tengah-tengah perbelanjaan yang berdaya tahan bagi barangan dan perkhidmatan.

Indeks keyakinan perniagaan naik kepada 4.94 peratusan mata, berbanding 4.82 peratusan mata pada suku sebelumnya.

Ini berdasarkan tinjauan ke atas 200 pemilik perniagaan dan eksekutif kanan dari sektor-sektor utama perniagaan.

Sektor binaan, pengangkutan dan kewangan menyaksikan sentimen yang paling optimis.

Menurut pemerhati industri, ini kerana adanya aliran mantap bagi permintaan pengguna pascapandemik.

Selain itu, lebih ramai juga keluar melancong dan kegiatan binaan semakin rancak.

Indeks keyakinan bagi sektor pengilangan bagaimanapun merosot sedikit, disebabkan permintaan lebih rendah bagi sektor seperti bioperubatan.

Penolong pengarah Strategi dan Transformasi dari Biro Kredit Komersil Singapura Matthias Chen berkata: "Kami menjangkakan bahawa dalam bulan-bulan akan datang, kemerosotan kecil dalam sentimen ini tidak akan berlanjutan. Sebahagian besarnya lonjakan dalam cip kecerdasan buatan yang akan merangsang lebih banyak kegiatan pengilangan pada bulan-bulan mendatang."
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan