INDAHNYA RAMADAN: TAA kumpul S$818,000, hampir separuh jumlah sasaran bagi agihan 2026
Dalam masa kira-kira sebulan, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) berjaya mengumpul S$818,000 sejak Kempen Dana Amal TAA-Ramadan 2025 dilancarkan pada 21 Februari 2025.
- Dalam masa kira-kira sebulan, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) berjaya mengumpul S$818,000 sejak Kempen Dana Amal TAA-Ramadan 2025 dilancarkan bulan lalu.
- Usaha pengumpulan dana akan terus dijalankan hingga pertengahan Syawal ini.
- Sebanyak 3,300 keluarga berpendapatan rendah dan individu kurang upaya diberikan bantuan wang tunai sebanyak S$500.
- Seramai 40 penerima bantuan diundang ke acara pengagihan hari ini (22 Mac) dan disantuni tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
Jumlah itu hampir separuh daripada sasaran awal iaitu lebih $1.7 juta.
Usaha pengumpulan dana akan terus dijalankan sehingga pertengahan Syawal ini.
Ia bagi pengagihan sepanjang tahun ini dan Ramadan tahun depan.
Lantaran itu, Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Mohd Najib Shahib berharap orang ramai akan terus menyumbang derma ikhlas agar TAA dapat menepati sasaran dan membolehkannya terus membantu ribuan golongan yang memerlukan.
“Saya berharap orang ramai akan lebih terbuka untuk menyumbang kepada kempen kami dalam 10 malam terakhir Ramadan supaya kami dapat terus membantu golongan yang memerlukan dan sebarkan kemeriahan dalam musim perayaan ini,” luah Encik Najib.
Pada Ramadan ini, sebanyak S$1.65 juta akan diagihkan.
Jumlah itu adalah yang tertinggi yang pernah diagihkan TAA dalam bulan Ramadan.
Sebanyak 3,300 keluarga berpendapatan rendah dan individu kurang upaya diberikan bantuan wang tunai sebanyak S$500.
Ia hasil sumbangan zakat dan sedekah orang ramai.
Bantuan kewangan itu S$50 lebih banyak berbanding yang diberikan pada Ramadan tahun lalu.
Jelas TAA, sebahagian besar penerima habuan kali ini terdiri daripada asnaf zakat.
Ada juga yang berkerusi roda atau terlantar kerana faktor usia atau kesihatan.
Sebanyak 40 penerima bantuan diundang ke acara pengagihan hari ini.
Mereka disantuni tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.