Income boleh cari pembeli lain, namun pelabur lebih berjaga-jaga: Penganalisis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Income Insurance masih boleh mencari pembeli lain selepas syarikat insurans Jerman Allianz menarik balik tawaran untuk memperolehi saham majoriti.
Namun, pelabur kini mungkin lebih berhati-hati, kata pakar.

Pakar memberitahu Mediacorp bahawa mencari pembeli lain masih dipertimbangkan Income, selepas Allianz menarik diri. Namun mereka menarik perhatian bahawa pelabur perlu selaras dengan visi jangka panjang Income.
Selain itu, rakan kongsi yang sesuai bukan hanya boleh menyokong Income dari segi kewangan, ia juga dapat berkongsi pengalaman, teknologi dan inovasi untuk memodenkan operasi dan menempatkan syarikat bagi pertumbuhan mampan dalam pasaran insurans yang berdaya saing, kata Profesor Madya Shinichi Kamiya dari jabatan perbankan dan kewangan Sekolah Perniagaan Nanyang.
Rakan kongsi sedemikian boleh termasuk syarikat antarabangsa yang ingin menubuhkan kehadiran dalam pasaran Singapura, kerana negara ini merupakan hab insurans yang menarik disebabkan persekitaran kawal selianya yang kukuh serta akses kepada pasaran Asia yang lebih luas.
Sekiranya rakan global tidak dapat diperoleh, pemain tempatan seperti DBS atau Temasek mungkin muncul sebagai alternatif, kata Profesor Madya Kamiya, yang merupakan timbalan pengarah Pusat Penyelidikan Risiko dan Kewangan Insurans di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Sekalipun demikian, beliau berkata bahawa walaupun syarikat seperti DBS dan Temasek mempunyai keupayaan kewangan untuk melabur dalam Income, sumbangannya kepada transformasi strategiknya mungkin "lebih terhad" berbanding syarikat insurans global seperti Allianz.
Profesor Lawrence Loh daripada sekolah perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata bahawa Income "perlu terbuka" untuk diperoleh, selagi mana misi sosialnya terjamin dan baki S$2 bilion yang disimpan semasa pemerolehan dilindungi.
Pada masa yang sama, mencari pembeli lain yang sanggup dan mampu menangani kebimbangan yang dibangkitkan dalam perjanjian sebelum ini bukan perkara mudah, kata penolong profesor ekonomi Goh Jing Rong dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Keputusan pemerintah untuk campur tangan dan pengunduran Allianz menimbulkan kepentingan bagi memastikan sebarang urus niaga masa depan selaras dengan misi sosial Income dan asas koperasinya, katanya.
"Syarat tersebut boleh mengecilkan kumpulan pelabur yang berminat dan bersedia untuk menerima syarat-syarat tersebut," tambah Penolong Prof Goh.
SYARIKAT INSURANS LEBIH BERJAGA-JAGA
Sungguhpun demikian, saga Income-Allianz boleh menyebabkan syarikat insurans global lebih berhati-hati ketika melabur dalam syarikat tempatan, disebabkan pembetulan perundangan baru-baru ini, kata Prof Loh dari NUS.
"Sekiranya ada pasaran, mereka akan datang," katanya.
Menurut Profesor Madya Kamiya, keputusan untuk menarik balik tawaran oleh syarikat insurans Jerman itu tidak menghalang pelabur antarabangsa lain secara serta-merta, meskipun ia mendedahkan kerumitan tertentu yang boleh timbul dalam urus niaga dengan syarikat tradisional Singapura.
Ini termasuk kemungkinan pengawasan atau campur tangan pemerintah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.