Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Implan baru kurangkan kos perubatan pesakit glaukoma

Pesakit yang menghidapi penyakit glaukoma kini boleh mengurangkan kos perubatan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2021 07:25PM Dikemas Kini : 12 Nov 2021 08:44PM

SINGAPURA: Pesakit yang menghidapi penyakit glaukoma kini boleh mengurangkan kos perubatan mereka.

Ini hasil penggunaan implan terbaru hasil ciptaan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

Sekarang ini, pesakit glaukoma perlu membayar hingga S$1,000 setahun bagi ubat mata.

Namun, hasil ujian bagi Implan Glaukoma Paul sejauh ini memberikan harapan baru.

Ramai pesakit tidak perlu lagi menggunakan ubat mata setahun selepas mendapatkan implan tersebut.

Ia juga dapat mengurangkan komplikasi dan bertujuan mengurangkan tekanan ke atas mata.

Ini memudahkan pesakit mengawal penyakit glaukoma.

Rawatan itu boleh didapatkan di NUH, Hospital Mount Elizabeth, dan Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC).

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan