Impian Singapura tidak lagi tentang 5C, tetapi lebih kepada kehidupan yang bermakna: DPM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: TODAY/Lim Li Ting)
SINGAPURA: "Impian Singapura" bukan lagi setakat ada harta benda - ia kini merangkumi rasa kepuasan, makna dan tujuan dalam kehidupan rakyat, menurut Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (27 Okt).
Berucap di Acara Melakar Hala Tuju Singapura di Taman di Persisiran, Encik Wong berkata warga Singapura hari ini "tidak lagi berbincang tentang memiliki 5C".
Ini merujuk kepada harta benda yang sering diingini oleh rakyat Singapura seperti perumahan kondominium, wang tunai,
kereta, kad kredit serta keahlian dalam kelab.
"Jelas, kita tetap mahu kehidupan yang baik," tambah Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan.
“Terdapat kebimbangan sebenar mengenai isu-isu seperti perumahan dan kos sara hidup, yang ditumpukan oleh pemerintah dan sedang ditanganinya.
“Tetapi daripada usaha mendekati rakyat, jelas Impian Singapura adalah lebih daripada harta benda. Ia juga mengenai kepuasan, makna dan tujuan dalam apa jua yang dilakukan.”
Awal pagi Jumaat, DPM Wong dan para anggota pasukan kepimpinan generasi keempat Singapura yang lain mengadakan sidang akhbar untuk melancarkan laporan Gerakan Melakar Hala Tuju Singapura secara rasmi.
Laporan 180 muka surat itu merupakan kemuncak usaha mendapatkan maklum balas selama 16 bulan yang meneliti pandangan daripada lebih 200,000 rakyat Singapura dan pihak berkepentingan dengan tujuan menyegarkan semula "kompak sosial" Singapura.
Encik Wong melancarkan Acara Melakar Hala Tuju Singapura, yang berlangsung hujung minggu ini di Taman di Persisiran, di mana orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Hala Tuju Singapura yang dibincangkan di dalam laporan itu serta menyumbang idea mereka bagi pembangunan negara.
Encik Wong, yang dijangka menggantikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada tahun-tahun mendatang, berkata bahawa Impian Singapura baharu terdiri daripada tiga ciri utama.
“Pertama ... Kami percaya ia akan menjadi lebih bersemangat dan inklusif. Lebih bersemangat, kerana kami ingin memastikan bahawa terdapat peluang yang berterusan untuk semua rakyat Singapura mendapatkan pekerjaan yang baik supaya dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik pada masa hadapan.
"Inklusif, kerana peluang itu tidak seharusnya untuk segelintir sahaja. Pastinya ia tidak terhad kepada mereka yang mempunyai ijazah universiti, atau mereka yang sesuai dengan acuan konvensional tertentu,” kata DPM Wong, sambil menambah bahawa matlamatnya adalah supaya wujud peluang yang sama untuk semua rakyat Singapura tidak kira latar belakang, laluan pendidikan ataupun pilihan kerjaya mereka.
"Dalam erti kata lain, kita mesti benar-benar belajar melampaui gred ... Kita mesti menghargai setiap pekerja atas pendirian mereka serta kerja yang dilakukan, terutama sekali mereka yang melakukan kerja-kerja penting yang kita semua bergantung kepadanya."
Encik Wong sebelum ini bercakap tentang perbezaan yang semakin meningkat antara gaji permulaan lulusan dari Institut Pendidikan Teknikal dan mereka dari politeknik dan universiti, serta keperluan untuk menjadikan kemahiran perdagangan sebagai satu kerjaya.
“Kedua, ia akan menjadi adil dan berkembang maju, kerana kita menyedari tekanan dan pergeseran yang dihadapi oleh rakyat Singapura setiap hari. Kami mahu menjadi sebuah masyarakat di mana rakyat Singapura boleh lebih dijamin tentang keperluan asas mereka pada setiap peringkat kehidupan,” kata DPM Wong.
Bagi mencapai matlamat ini, Encik Wong berkata Singapura perlu ada persekitaran yang kondusif untuk semua lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya serta penjaga mereka.
Membolehkan para pekerja yang menghadapi halangan "kembali lebih kuat" juga merupakan tumpuan utama, katanya.
Laporan Melakar Hala Tuju SG menunjukkan bahawa skim sokongan baharu akan dilaksanakan untuk membantu para pekerja yang menganggur tidak secara sukarela ini, dalam kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana untuk "bangkit semula".
Akhir sekali, Encik Wong berkata Impian Singapura juga adalah tentang daya tahan dan perpaduan.
“Pemerintah sahaja tidak mungkin dapat melakukan segala-galanya melalui perubahan dasar, dan tidak mungkin mana-mana individu berjaya atas usaha sendiri sahaja,” katanya.
Encik Wong kemudian menyeru mereka yang "berjaya" untuk menimbangkan sumbangan kewangan atau menyumbangkan masa dan kepakaran mereka secara sukarela untuk menjadi mentor dan menyokong mereka yang memerlukan.
“Ini bukan agenda pemerintah dari atas ke bawah. Ini adalah konsensus bersama, pelan hala tuju yang dicipta bersama untuk pusingan seterusnya dalam pembanguan negara kita,” katanya.
“Itulah sebabnya saya yakin bahawa Impian Singapura yang diperbaharui adalah kurang mengenai diri sendiri; ia lebih mengenai kita, sebagai satu kumpulan."
Bercakap kepada media pada Jumaat, Encik Wong menegaskan pemerintah akan terus melibatkan rakyat Singapura secara meluas walaupun selepas daya usaha Melakar Hala Tuju SG berakhir dan mewujudkan lebih banyak ruang untuk penyertaan sivik.
Beliau menambah walaupun negara kini mempunyai "peta hala tuju untuk membina masa depan bersama", pemerintah masih perlu menterjemahkannya menjadi "tindakan, dasar dan hasil yang konkrit".
Acara Melakar Hala Tuju Singapura akan diadakan di Taman di Persisiran dari 27 Oktober hingga 29 Oktober, sebelum ke pelbagai lokasi sehingga 28 Januari tahun depan.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.