IMDA siasat gangguan khidmat Internet StarHub semasa tempoh pemutus rantaian COVID-19
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan pada Rabu (15 Apr) ia sudahpun memulakan siasatan ke atas dua gangguan khidmat Internet yang berlarutan selama berjam-jam.
Seorang lelaki berjalan di depan logo Starhub. (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan pada Rabu (15 Apr) ia sudahpun memulakan siasatan ke atas dua gangguan khidmat Internet yang berlarutan selama berjam-jam.
Pada Rabu, para pengguna StarHub di merata Singapura melaporkan mengalami isu dengan khidmat Internet mereka, dengan ramai daripadanya bekerja dari rumah sebagai sebahagian daripada langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang dipertingkat.
"IMDA memandang serius sebarang gangguan kepada khidmat telekomunikasi awam terutamanya semasa tempoh pemutus jangkitan apabila ramai daripada kita sedang bekerja atau belajar dari rumah," tambah pihak berkuasa itu.
Ia menyatakan "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tegas" jika terdapat "sebarang kelemahan di pihak StarHub".
Aduan berhubung gangguan tersebut dilaporkan di media sosial pada sekitar 11 pagi Rabu. Khidmat itu kembali beroperasi sepenuhnya pada 8.20 malam, menurut StarHub.
Ketua Pegawai Teknologi StarHub Chong Siew Loong meminta maaf kepada para pelanggan dalam satu kenyataan pada malam Rabu, mengesahkan bahawa gangguan itu berlaku akibat isu rangkaian dengan salah satu 'Pelayan Nama Domain' (Domain Name Servers) syarikat telko itu.
"Kami memandang serius insiden ini dan akan menjalankan satu analisis punca yang terperinci supaya kami dapat mengelakkan perkara sama daripada berlaku pada masa depan," kata Encik Chong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.