IMDA saran pendaftaran wajib bagi pertubuhan yang guna ID penghantar SMS
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Istock
SINGAPURA: Para pedagang dan pertubuhan yang menggunakan ID penghantar SMS tidak lama lagi mungkin akan diwajibkan mendaftar dalam sistem Daftar ID Pengirim SMS Singapura (SSIR) di bawah cadangan baru oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa untuk memerangi penipuan dan "memberikan perlindungan yang lebih baik untuk SMS sebagai saluran komunikasi".
Demikian menurut IMDA dalam satu kenyataan media pada Isnin (15 Ogos)
IMDA sedang bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF), agensi-agensi pemerintah dan rakan-rakan kongsi daripada sektor privet dalam bidang berkenaan.
Di bawah cadangan itu, pendaftaran akan diwajibkan mulai hujung tahun ini, berikutan tempoh peralihan yang bermula pada Oktober.
"Untuk membina keupayaan pencegahan penipuan yang lebih kukuh, IMDA ingin menjadikan pendaftaran SSIR wajib bagi pertubuhan yang menggunakan ID pengirim," menurut IMDA.
"Dengan itu, hanya ID pengirim yang berdaftar akan dibenarkan. Semua ID penghantar lain yang tidak berdaftar akan disekat. Ia akan melindungi SMS sebagai saluran komunikasi."
Pendaftaran itu pertama kali dilancarkan pada Ogos 2021.
IMDA menubuhkan SSIR pada Mac tahun ini sebagai tindak balas kepada lonjakan kes penipuan berkaitan SMS.
Sejak itu, SMS penipuan atau menggunakan ID yang didaftarkan dalam SSIR disekat terlebih dahulu.
"Sejak pelancarannya, lebih 120 pertubuhan sektor awam dan swasta sudah mendaftar dalam sistem SSIR," menurut IMDA.
"Berbanding dengan tiga bulan sebelum ini, jumlah penipuan berkaitan dengan SMS yang dilaporkan sudah merosot tiga kali ganda sejak pelancaran SSIR."
Jika cadangan itu diteruskan, para pedagang dan pertubuhan yang menggunakan ID penghantar SMS akan dikehendaki mendaftar dengan SSIR menggunakan Nombor Entiti Unik (UEN) mereka.
Pertubuhan yang ingin mengendalikan mesej teks dengan ID pengirim juga harus mendaftar dalam SSIR dan mengesahkan pendaftaran pedagang dan pertubuhan melalui UEN mereka, menurut IMDA.
IMDA kini sedang mendapatkan maklum balas mengenai cadangan langkah tersebut daripada masyarakat awam. Maklum balas boleh dihantarkan melalui laman web IMDA sehingga pukul 12.00 tengah hari pada 9 September.
IMDA juga sedang mengkaji untuk memberi pilihan kepada para pengguna untuk menyekat panggilan dan SMS dari luar negeri.
IMDA mengingatkan orang ramai supaya terus berwaspada meskipun mereka mendapat perlindungan yang lebih besar daripada penipuan.
IMDA juga menyarankan orang ramai agar memuat turun aplikasi Scamshield yang menyaring mesej penipuan dan menyekat panggilan penipuan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.