Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IMDA peruntuk S$5 juta pertingkat keupayaan teknologi maya

Anggaran Waktu Membaca:
IMDA peruntuk S$5 juta pertingkat keupayaan teknologi maya

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 07 Dec 2022 08:06PM Dikemas Kini : 07 Dec 2022 08:08PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi, syarikat-syarikat media di Singapura boleh memanfaatkan dana baru bernilai S$5 juta untuk menggunakan teknologi maya untuk penerbitan mereka.

Menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), dana tersebut akan membantu industri tempatan berkembang mengikut amalan penerbitan sejagat yang terbaik selain kekal berdaya saing.

Dana itu dilancarkan semasa acara Forum dan Pasaran TV Asia pada Rabu (7 Dis).

Para pencipta kandungan yang ingin mencuba teknologi maya itu boleh mengemukakan saranan mereka kepada IMDA, mulai sekarang hingga 15 Februari depan.

Peluang itu disediakan bagi mereka yang mencipta kandungan singkat seperti video muzik, filem pendek dan komersil.

Jika dipilih, sehingga separuh daripada kos projek mereka akan dibayai oleh IMDA.

"IMDA telah bekerjasama dengan Sekolah Filem dan Televisyen Kebangsaan di United Kingdom untuk menyesuaikan kursus Pensijilan dalam Pengeluaran Maya untuk para pensyarah, jurulatih serta karyawan di industri media Singapura," kata Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Tan Kiat How.

"Ini akan membantu membina teras karyawan dalam ekosistem pengeluaran maya, yang seterusnya akan membangunkan bakat tempatan dalam pengeluaran maya," tambah beliau.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan