Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IMDA lancarkan siasatan ke atas gangguan gentian jalur lebar M1

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sudahpun memulakan siasatan terhadap gangguan khidmat Internet M1.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 May 2020 03:11PM Dikemas Kini : 13 May 2020 10:17PM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sudahpun memulakan siasatan terhadap gangguan khidmat Internet M1.

IMDA menyatakan dalam satu catatan Facebook bahawa ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap syarikat telekomunikasi itu jika terdapat kekurangan dalam khidmatnya.

Gangguan khidmat internet M1 bermula sekitar 5.00 pagi hari Selasa (12 Mei).

Dalam catatan di Facebook, M1 menyatakan khidmat tersebut sudahpun dipulihkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, beberapa pengguna mengadu mereka masih tidak boleh menggunakan Internet.

Ini merupakan kali kedua khidmat Internet terganggu semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Sebelum ini, gangguan khidmat Internet menjejas para pengguna StarHub.
 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan