IMDA jadi rakan kongsi Microsoft dalam kerjasama baru 5G
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang bekerjasama dengan syarikat gergasi teknologi Microsoft bagi menghasilkan huraian dan keupayaan rangkaian 5G yang baru.
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang bekerjasama dengan syarikat gergasi teknologi Microsoft bagi menghasilkan huraian dan keupayaan rangkaian 5G yang baru.
Kerjasama tersebut diumumkan di pembukaan ibu pejabat Microsoft Asia Pasifik yang baru di Singapura hari ini (12 Nov).
Kerjasama IMDA dengan Microsoft itu bakal menyaksikan perkongsian keupayaan teknikal 5G dan amalan terbaik. Ia juga akan meninjau aplikasi 5G dalam bidang runcit dan operasi maritim.
Ibu pejabat Microsoft yang baru tersebut juga menawarkan Pusat Pengalaman Asia yang sulung, di mana inovasi-inovasi baru ditonjolkan.
Ini akan membantu rakan-rakan peniaga dan para pelanggannya lebih memahami bagaimana huraian-huraian baru dapat memperbaiki perniagaan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.