IMDA gantung semakan cadangan gabungan M1 dan Simba sehingga siasatan selesai
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menggantung semakan terhadap cadangan penggabungan M1 dan Simba sehingga dimaklumkan kelak.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menggantung semakan terhadap cadangan penggabungan M1 dan Simba sehingga dimaklumkan kelak.
Penguasa itu menyatakan dalam kenyataan medianya pada Isnin (18 Mei) bahawa semasa semakan dijalankan, ia mendapati bahawa Simba mungkin menggunakan jalur frekuensi radio yang tidak diperuntukkan kepadanya untuk menyediakan khidmat mudah alih.
“Ini akan dianggap sebagai penggunaan spektrum frekuensi tanpa kebenaran, yang merupakan pelanggaran terhadap Akta Telekomunikasi 1999 dan syarat Lesen Operasi Berasaskan Kemudahan milik Simba,” kata IMDA sambil menambah bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya jika perkara itu dibuktikan.
“Memandangkan hasil siasatan mungkin memberi kesan penting terhadap penilaian IMDA berhubung cadangan penggabungan tersebut, IMDA memutuskan untuk menggantung semakannya sehingga siasatan selesai.”
Saham Keppel susut sekitar dua peratus pada awal dagangan pada pagi Isnin, sebelum meneruskan penurunan tersebut kepada hampir tiga peratus.
Saham Tuas dari Australia, yang memiliki Simba, pula jatuh 60 peratus kepada A$2.46 (S$2.25) setakat pukul 12.45 tengah malam GMT (pukul 8.45 pagi waktu Singapura).
Keppel pada Ogos lalu menyatakan bahawa ia akan menjual operasi telekomunikasi M1 kepada pengendali Simba Telecom pada nilai perusahaan sebanyak S$1.43 bilion.
M1 dan Simba kemudian memfailkan permohonan tersebut pada September, dengan IMDA mengeluarkan kertas perundingan pada bulan berikutnya.
Keppel kemudian melanjutkan tarikh akhir untuk melengkapkan urus niaga tersebut pada Mac lalu dengan menetapkan 21 Mei sebagai tarikh akhir. Ini bermakna urus niaga itu perlu diselesaikan dalam tempoh tiga hari, jika tidak perjanjian jual beli tersebut akan dibatalkan.
Perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan kawal selia IMDA yang ketika itu menyatakan bahawa pihaknya akan menilai permohonan sedemikian berdasarkan Kod Persaingan Telekom dan Media.
IMDA pada Isnin menyatakan penilaian itu akan turut meneliti sama ada penggabungan tersebut bakal mengurangkan persaingan secara ketara atau menimbulkan kebimbangan terhadap kepentingan awam.
Ia juga bertujuan memastikan bahawa operasi prasarana telekomunikasi penting memenuhi syarat keselamatan siber yang ketat dalam landskap risiko siber yang semakin meruncing.
Memandangkan M1, iaitu sasaran pengambilalihan itu, mengendalikan rangkaian mudah alih dan jalur lebar berskala besar di Singapura, penilaian tersebut semestinya dijalankan secara terperinci dan menyeluruh, menurut penguasa itu.
Sebagai maklum balas terhadap pengumuman IMDA, Keppel pada Isnin (18 Mei) menyatakan, ia memahami pertimbangan pihak berkuasa itu dan menghormati keputusannya.
“Sementara menunggu hasil penilaian IMDA, kami juga sudah mengusahakan Pelan B, sekiranya Keppel terus mengekalkan pegangan majoriti dalam M1, yang kami akan mula laksanakan,” menurut syarikat itu dalam kenyataan medianya.
Keppel menyatakan bahawa ia mempunyai pelan 90 hari untuk meningkatkan kecekapan M1, yang akan dilaksanakannya dengan serta-merta.
Ini termasuk mengurangkan kos platform teknologi dan kos rangkaian, menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi automasi serta penyusunan semula produk, menurut syarikat itu sambil menambah bahawa butiran lanjut akan dikongsi semasa pengumuman keputusan separuh pertama 2026.
“Walaupun kami melaksanakan usaha untuk meningkatkan kecekapan di M1, kami yakin industri telekomunikasi di Singapura memerlukan dan akan meraih manfaat daripada penggabungan dan Keppel kekal terbuka kepada peluang untuk menjual aset.
"Bagi pihak Keppel, sasaran kami untuk menjana wang sebanyak S$2 bilion hingga S$3 bilion daripada aset bukan teras pada 2026 kekal tidak berubah. Cadangan penjualan pegangan kami dalam perniagaan telekomunikasi M1 akan dikeluarkan daripada pengewangan yang diumumkan Keppel bagi 2025."

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.