IMDA dan NLB sambut CEO baharu mulai Nov
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Ng Cher Pong (kiri) dan Cik Melissa-May Tam (kanan). (Gambar: MDDI)
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Arkib Negara akan menerima Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mulai November.
Encik Ng Cher Pong akan dilantik sebagai CEO IMDA mulai 15 Oktober, kata Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) dalam kenyataan medianya pada Selasa (23 Sep).
Beliau akan secara rasmi mengambil alih jawatan itu pada 1 November dan melepaskan jawatannya sebagai CEO NLB pada hari yang sama.
Cik Melissa-May Tam akan menggantikan Encik Ng sebagai CEO NLB, dengan pelantikan beliau sebagai CEO bermula pada 1 Oktober, sebelum beliau secara rasmi menyandang jawatan itu pada 1 November.
Mengenai Encik Ng, MDDI menyorot kepimpinannya dalam memacu transformasi NLB melalui pelaksanaan Pelan Induk Perpustakaan dan Arkib 2025.
Lelaki berusia 52 tahun itu mempelopori inisiatif inklusif untuk meningkatkan akses bagi golongan kurang upaya, yang membawa kepada pembukaan Perpustakaan Daerah Punggol pada 2023 - perpustakaan inklusif pertama di Singapura.
Beliau juga mempercepatkan inovasi dalam NLB, seperti perpustakaan 'pop-up', perkhidmatan penghantaran, dan penggunaan AI Generatif, serta menyelia acara utama SG60, 'Heart&Soul Experience' di Perpustakaan Orchard.
Encik Ng dilantik sebagai CEO NLB pada 1 Disember 2019.
Sebelum menyertai NLB, beliau merupakan ketua eksekutif pengasas SkillsFuture Singapore antara 2016 hingga 2019, dan pada masa yang sama menjadi timbalan setiausaha (SkillsFuture) di Kementerian Pendidikan (MOE).
Beliau akan menggantikan Encik Lew Chuen Hong, 49 tahun, di IMDA.
Encik Lew dilantik sebagai CEO IMDA pada 20 Jun 2020, dengan MDDI menarik perhatian kepada sumbangannya terhadap pembangunan ekonomi dan masyarakat digital Singapura sepanjang lima tahun lalu.
MDDI juga menyentuh bagaimana Encik Lew, yang merupakan Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi, menerajui pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi untuk membolehkan penggunaan data yang lebih baik bagi inovasi, seperti tadbir urus AI.
Encik Russell Tham, Pengerusi IMDA, memuji sumbangan besar dan kepimpinan berwawasan Encik Lew.
Beliau menarik perhatian bahawa IMDA berhasil membina keupayaan pertubuhan baharu, mengukuhkan kedudukannya di peringkat global, membangunkan keupayaan untuk memanfaatkan teknologi canggih, serta memulakan dan memperbaharui pelbagai inisiatif bagi rakyat dan perniagaan Singapura di bawah kepimpinan Encik Lew.
Mengenai pelantikan Cik Tam sebagai CEO NLB seterusnya, MDDI menarik perhatian kepada pengalaman beliau selama 30 tahun dalam Perkhidmatan Awam.
Cik Tam yang berusia 54 tahun menyertai Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 1994 dan sudah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam penyelidikan dan analisis.
Menurut MDDI, tugas beliau merangkumi tumpuan untuk meningkatkan pemahaman Singapura mengenai isu serantau dan global serta menganalisis keprihatinan keselamatan yang relevan dengan negara, termasuk pengganasan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.