Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Imbau kenangan sejarah Geylang Serai menerusi kanvas awam yang baru hasil karya penuntut 3 sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
Imbau kenangan sejarah Geylang Serai menerusi kanvas awam yang baru hasil karya penuntut 3 sekolah
Diterbitkan : 17 Apr 2022 10:02PM Dikemas Kini : 17 Apr 2022 10:03PM

SINGAPURA: Lukisan sepanjang 500 meter yang memaparkan sejarah kawasan Geylang Serai didedahkan kepada orang awam dalam satu majlis pelancarannya pada Ahad (17 Apr). 

Bertemakan "Warisan Geylang Serai", ia menampilkan lukisan-lukisan yang memaparkan sejarah Geylang Serai dari tahun-tahun 1950an hingga ke hari ini.

Karya-karya tersebut dipaparkan pada lebih 50 panel sepanjang jalan raya di kawasan Wisma Geylang Serai adalah interpretasi sejarah Geylang Serai. 

Ia menggantikan lukisan batik yang dipaparkan sejak 2021. 

Kerja seni itu hasil lukisan para pelajar dari tiga institusi iaitu Kolej Seni LASALLE, Sekolah Tinggi Chung Cheng dan Sekolah Menengah Bartley.

Lukisan mereka dicetak secara digital dan diharap dapat memperkaya pengalaman para pengunjung di kawasan itu. 

Bagi memastikan setiap sekolah memahami tema lukisan kanvas awam tahun ini, pihak WGS kerap mengadakan perbincangan bersama para guru dan pelajar sejak tahun lalu lagi. 

Setiap sekolah mengambil masa empat bulan untuk menghasilkan karya mereka dan ia dilakukan sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah.

Setiap sekolah hanya memberi tumpuan kepada satu era sahaja:
Sekolah Tinggi Chung Cheng - Era 60an - 70an
Kolej Seni LASALLE - Era 80an - 90an: 
Sekolah Menengah Bartley - Era 2000 hingga kini

Semasa melancarkan kanvas awam itu hari ini (17 Apr), Pengerusi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai, Dr Maliki Osman berharap pameran tersebut dapat membawa pengalaman baru buat pengunjung dan mengimbau kenangan di Geylang Serai, khususnya mereka yang akan ke bazar Hari Raya.

Lebih membanggakan lagi baginya, projek tersebut turut melibatkan seramai 37 penuntut berbilang bangsa.

"Apa yang membuat saya gembira ialah para pelajar ini bukan sahaja pelajar Melayu yang meluahkan pemahaman mereka tentang sejarah, budaya dan warisan Geylang Serai, tetapi pelajar India, Cina dan yang berbangsa asing juga.

"Saya rasa ada gunanya untuk anak-anak muda kita diberi peluang untuk mengekspresikan diri mereka. Jadi yang signifikan adalah untuk pengunjung pada sekali pandang untuk dapat melihat keseluruhan interpretasi daripada para pelajar kita," kata Dr Maliki.

Dr Maliki juga memberi penghargaan buat Cikgu Radiana Raza Ali, Dr Cedric Van Eenoo dan Cikgu Siti Sarah, guru-guru yang membimbing para pelajar yang terlibat dalam projek tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan