Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ILMxLAB Lucasfilm buka studio antarabangsa pertama di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: ILMxLAB milik Lucasfilm akan mengembangkan operasinya menjangkaui ibu pejabatnya di San Francisco, dengan pembukaan studio antarabangsa pertamanya di Singapura.

"ILMxLAB di Singapura akan meneruskan penekanan syarikat terhadap penceritaan masa nyata yang imersif," menurut studio itu dalam kenyataan medianya pada Khamis (24 Feb).

Ia menambah studio tersebut akan ditempatkan di pejabat Industrial Light & Magic (ILM) di Fusionopolis yang sudah beroperasi di Singapura sejak 2006.

Studio itu turut mendedahkan bahawa langkah tersebut disokong oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

"Kami mengalu-alukan keputusan Lucasfilm untuk menempatkan studio hiburan antarabangsa yang pertama sedemikian rupa di Singapura," kata Encik Philbert Gomez, naib presiden dan ketua industri digital EDB.

Encik Gomez turut menarik perhatian bahawa studio baru itu akan menawarkan peluang kepada rakyat Singapura untuk mengusahakan projek media imersif yang menarik, di samping membina kemahiran dalam pemodelan 3D, kecerdasan buatan dan suntingan masa nyata.

ILMxLAB Singapore akan melanjutkan dan memperluaskan lagi kerja-kerja yang dijalankan oleh
ILMxLAB San Francisco, yang terkenal dengan siri realiti maya (VR), Vader Immortal yang dicalonkan bagi Anugerah Emmy, sementara pengalaman VR, CARNE y ARENA pula memenangi Anugerah Oscar.

ILMxLAB San Francisco juga terkenal bagi Star Wars: Secrets of the Empire, Marvel Studios’ Avengers: Damage Control dan Star Wars: Tales from the Galaxy's Edge.

Cik Vicki Dobbs Beck, naib presiden inovasi kandungan imersif ILMxLAB berkata,
membina pasukan yang berdedikasi untuk menghasilkan cerita berteraskan pengalaman di Singapura akan menjadi "sesuatu yang amat menarik" bagi studio itu sejak penubuhannya pada tahun 2015.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan