ILHAM Musabaqah 2023 dianjurkan buat julung kalinya; hasrat pupuk rasa cinta anak muda kepada al-Quran
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MUIS
BERITA Mediacorp: Memupuk rasa cinta kepada al-Quran dalam kalangan anak-anak muda.
Itulah matlamat utama Hab Pembelajaran dan Pejabat Pengurusan Islam (ILHAM) bagi acara ILHAM Musabaqah 2023, yang dianjurkan buat julung-julung kalinya pada Sabtu lalu (26 Ogos).
Demikian menurut kenyataan media Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Selasa.
Musabaqah itu merupakan satu siri peraduan, yang menampilkan bakat para pelajar aLIVE, yang berlandaskan al-Quran.
3 PERADUAN BERBEZA
Para pelajar dari pelbagai peringkat aLIVE mengambil bahagian dalam tiga peraduan, yang merangkumi hafazan al-Quran (tahfiz), penceritaan mengenai bab-bab terpilih dalam al-Quran serta penghasilan video tentang kehidupan seorang anak muda beragama Islam.

Yang pasti, peserta yang berjaya melangkah ke pusingan akhir peraduan tersebut berjaya menampilkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang mendalam terhadap al-Quran.
"KOMITMEN TEGAKKAN, PELIHARA AJARAN AL-QURAN"
Acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 200 penonton, termasuk ibu bapa serta guru para peserta.
Dalam ucapan pembukaannya, Pengarah Eksekutif ILHAM Ustaz Mohamad Khidir Abdul Rahman mengingatkan para pelajar mengenai tujuan utama pertandingan tersebut.
"Mari kita ingat bahawa pertandingan ini bukan sekadar untuk menang saja; ia adalah tentang pelajar dan guru-guru yang berhimpun untuk tujuan bersama, dalam menekankan komitmen kolektif bagi menegakkan dan memelihara ajaran al-Quran dan Islam," ujar Ustaz Mohamad Khidir.
Menerusi acara-acara seperti ILHAM Musabaqah 2023, MUIS juga berharap penghayatan dan kecintaan kepada al-Quran terus mekar dalam kalangan masyarakat Muslim setempat.
INISIATIF 'LEARN QURAN SERIES' DILANCAR
Satu inisiatif baharu kendalian ILHAM, yang dipanggil 'Learn Quran Series' (LQS) atau Siri Pelajari Quran turut dilancarkan di acara tersebut.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Mufti Ustaz Dr Murat Mohd Aris.
Siri tersebut merupakan sebuah platform pendidikan online interaktif, yang direka untuk kanak-kanak dari semua peringkat bacaan al-Quran.
Ia bermatlamat untuk menyediakan kaedah yang menyeluruh dan menarik bagi golongan muda beragama Islam untuk menimba ilmu dan meningkatkan pemahaman mereka mengenai al-Quran.
LQS sudah dibuka kepada orang ramai.
Bagi para pelajar yang berminat untuk menyertai LQS, anda boleh berdaftar melalui laman ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.